KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus merosot berbanding dolar AS minggu depan kerana ketidaktentuan ekonomi global menyumbang kepada ketidaktentuan dalam pasaran mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial di Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid menekankan bahawa kenaikan 50 mata asas yang mengejutkan oleh Bank of England serta pendirian menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat akan berterusan buat masa ini.
"Kami percaya naratif ini akan terus menjadi tumpuan minggu depan. Bagaimanapun, pada satu ketika, pengetatan monetari yang agresif akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi kerana kos pinjaman telah meningkat dengan ketara manakala kecairan menjadi sedikit," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata walaupun Fed dan bank pusat lain akhirnya akan mengubah pendirian mereka, mata wang pasaran yang membangun akan kekal tidak menentu sehingga masa itu.
"Paras sokongan dan rintangan semasa berada pada RM4.6257 dan RM4.7495 dan saya rasa ia mungkin sekitar RM4.66 hingga RM4.67," katanya.
Beliau berkata pasaran akan mula mempertimbangkan potensi kesan dasar monetari yang ketat, menyebabkan penghindaran risiko dan, akibatnya, sokongan kukuh untuk dolar AS.
Ringgit menjadi lemah selama lima hari berturut-turut dalam seminggu yang baru sahaja berakhir sebaik sahaja Pengerusi Fed AS Jerome Powell memberi kenyataan di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan berkaitan memerangi inflasi AS dan membayangkan kenaikan kadar faedah.
Kenanga Investment Bank dalam satu nota berkata bahawa ringgit mencecah ambang 4.65 berbanding dolar AS buat kali pertama dalam tempoh lebih tujuh bulan kerana mata wang tempatan itu diseret oleh kelemahan yuan di tengah-tengah prospek ekonomi China yang lemah dan langkah pelonggaran oleh People's Bank of China.
"Walaupun indeks dolar AS (DXY) terus berlegar di sekitar paras 102.0, ringgit gagal mengurangkan sebarang penurunan berikutan kenyataan yang cenderung menaikkan kadar faedah oleh Powell dan kecenderungan pengetatan global yang berterusan telah mengekalkan peralihan risiko dalam sentimen, mendorong pelabur menjauh daripada aset pasaran baharu muncul yang berisiko," katanya.
Disebabkan itu, ringgit mungkin terus bergelut untuk mendapatkan hala tuju dan diniagakan antara 4.64 dan 4.67 berbanding dolar AS disebabkan oleh kekurangan pemangkin domestik dan sentimen pasaran yang menolak risiko.
Pada minggu yang akan datang, pasaran mungkin terus memberi tumpuan kepada data makroekonomi AS, ucapan Powell dan bacaan Indeks Pengurus Pembelian China.
"Gabungan data AS yang lemah dan tanda-tanda penambahbaikan dalam aktiviti ekonomi China mungkin sebahagiannya dapat membantu menyokong mata wang tempatan itu.
"Ringgit juga mungkin mendapat manfaat daripada sebarang berita mengenai rancangan China untuk melancarkan langkah rangsangan tambahan untuk menyokong ekonominya yang goyah," katanya.
Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.6760/6805 daripada 4.6130/6165 seminggu sebelumnya.
Sepanjang hari dagangan minggu sebelumnya, mata wang tempatan tidak menentu berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan itu turun berbanding yen Jepun kepada 3.2645/2680 daripada 3.2721/2748 pada Jumaat sebelumnya, susut berbanding pound Britain kepada 5.9469/9527 daripada 5.9014/9059 minggu lepas dan merosot berbanding euro kepada 5.0781/0830 from 5.0503/0541 sebelum ini.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang rakan Asean lain. Ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 311.7/312.2 daripada 308.7/309.1 sebelum ini dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4568/4604 daripada 3.4513/4542 seminggu sebelumnya.
Unit domestik itu mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2765/2950 daripada 13.2974/3140 minggu lepas dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.40 daripada 8.26/8.27 Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023
Ringgit dijangka terus merosot berbanding dolar AS minggu depan kerana ketidaktentuan ekonomi global. -Gambar fail/Bernama
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Belgium anggap Inisiatif Autonomi Maghribi sebagai asas baik untuk penyelesaian bersama
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.
ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang lain
Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar AS pada sesi urus niaga awal Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit menjelang mesyuarat FOMC
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4670/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 pada Selasa.