KUALA LUMPUR: Ringgit terus mendapat sokongan dan mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun unit negara maju itu menjadi pilihan berbanding mata wang utama lain, kata ahli ekonomi.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS menokok 0.17 peratus kepada 105.229 mata.
"Dolar AS dilihat kekal berdaya tahan walaupun terdapat jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) berkemungkinan mengurangkan kadar faedahnya selepas laporan penggajian diumumkan pada Jumaat lepas.
"Setakat ini, pasaran ekuiti telah menyaksikan prestasi memberangsangkan ketika jangkaan kadar lebih rendah itu boleh meningkatkan penilaian saham, sekali gus meningkatkan lagi tarikannya di mata pelabur," katanya kepada Bernama.
Selain itu, beliau berkata hasil Perbendaharaan AS mencatat aliran penurunan dengan nota 10 tahun pada masa ini diniagakan pada 4.6 peratus atau tiga mata lebih rendah berbanding semalam.
Sementara itu, Pengarah Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata prospek bagi ringgit kelihatan menarik, terutama susulan jangkaan penurunan kadar faedah pada September ini.
Pengerusi Fed Jerome Powell juga berkongsi pendiriannya yang menolak kenaikan kadar faedah AS walaupun dalam persekitaran tekanan inflasi yang ketara.
"Memandangkan data tinjauan ekonomi AS menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang terus lemah, terdapat kemungkinan dolar AS akan susut dan menyaksikan ringgit mencecah paras 4.70 (berbanding dolar AS)," kata Innes.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain pada akhir urus niaga hari ini.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0646/0664 daripada 3.0806/0825 semalam, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.9385/9416 daripada 5.9604/9635 dan naik berbanding euro kepada 5.0971/0998 daripada 5.1033/1060, sebelumnya.
Selain itu, ringgit juga meningkat berbanding mata wang Asean.
Ini termasuk mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8332/8459 daripada 12.8950/9070, naik berbanding dolar Singapura pada 3.4989/5010 daripada 3.5086/5107, meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 295.2/295.5 daripada 295.6/295.9 dan tinggi berbanding peso Filipina pada 8.27/8.28 daripada 8.28/8.29.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.