KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, sejajar dengan kebanyakan mata wang negara serantau.
Dolar AS meningkat susulan ketidakpastian mengenai keputusan Rizab Persekutuan AS yang berkaitan dengan kadar inflasi.
Selain itu, data inflasi AS yang akan dikeluarkan minggu ini juga menyumbang kepada kenaikan dolar.
Penganalisis berkata mata wang kalangan negara Asia juga dipengaruhi oleh sentimen yang dibawa angka perdagangan China yang tidak memberangsangkan.
Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.5815/5845 berbanding dolar AS daripada 4.5575/5625 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi perdagangan China terus merosot dengan jumlah eksport dan import kekal turun masing-masing kepada 14.5 peratus dan 12.4 peratus pada Julai (Jun: -12.4 peratus; -6.8 peratus).
"Ini menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu menghadapi prospek yang mencabar tahun ini. Akibatnya, yuan lemah berbanding dolar AS sebanyak 0.018 peratus kepada 7.2111 yuan.
"Berikutan itu, dasar monetari China berkemungkinan kekal akomodatif untuk memberikan sokongan kepada keseluruhan ekonomi. Memandangkan hubung kait yang rapat antara yuan dan ringgit pada 68 peratus, ringgit juga lemah," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit domestik turun berbanding yen Jepun kepada 3.2027/2050 daripada 3.2018/2056 pada Isnin dan rendah berbanding euro kepada 5.0264/0297 daripada 4.9978/0032.
Ringgit juga lemah berbanding pound British kepada 5.8332/8370 daripada 5.7971/8035 pada penutupan Isnin.
Pada masa sama, unit tempatan didagangkan rendah berbanding mata wang negara Asean yang lain.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4030/4055 daripada 3.3968/4008 ketika ditutup pada Isnin, dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 301.0/301.3 daripada 300.0/300.6.
Mata wang domestik juga lemah berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.15 daripada 8.13/8.14, dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.1050/1184 daripada 13.0801/0997.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.5815/5845 berbanding dolar AS daripada 4.5575/5625 ketika ditutup pada Isnin. - Gambar hiasan/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.