KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan minat belian dalam senario dagangan yang berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka AS (FOMC) pada 21 Feb ini, kata seorang ahli ekonomi.
Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7850/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara amnya rendah berbanding dolar AS pada hari ini (-0.11 peratus) serta renminbi China (-0.06 peratus) manakala rupiah Indonesia (-0.06 peratus), dolar Taiwan (-0.13 peratus) dan peso Filipina (-0.18 peratus).
"Memandangkan pihak bank pusat AS dijangka mengekalkan pendiriannya berhubung dasar monetari, dolar AS sepatutnya mendapat sokongan yang baik dalam tempoh terdekat ini.
"Ini kerana prospek kemungkinan AS menurunkan kadar faedah utamanya pada mesyuarat Mac depan kini semakin lenyap daripada 81.5 peratus pada awal Januari 2024 kepada hanya 11.6 peratus pada masa ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.1913/1942 daripada 3.1780/1818 pada Jumaat lepas, rendah berbanding pound Britain kepada 6.0358/0408 daripada 6.0117/0186 selain turun berbanding euro kepada 5.1558/1601 daripada 5.1419/1478.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean termasuk susut berbanding baht Thailand kepada 13.2806/2976 daripada 13.2559/2763 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
Selain itu, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5555/5587 daripada 3.5479/5522 dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 306.0/306.5 daripada 305.7/306.0, sebelum ini.
Namun, berbanding peso Filipina, ringgit hampir tidak berubah pada 8.53/8.54 daripada 8.53/8.55 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean termasuk susut berbanding baht Thailand kepada 13.2806/2976 daripada 13.2559/2763 pada akhir urus niaga Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit terus mengukuh, cecah paras 4.37 berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan momentum peningkatannya dan mencecah paras 4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa.

Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024
Aktiviti jenayah siber di Telegram meningkat sebanyak 53 peratus pada Mei hingga Jun 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Perisikan Jejak Digital Kaspersky.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7850/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ringgit susut berbanding dolar AS pada hari pertama urus niaga 2024
Pada 6 petang ini, ringgit turun ke paras 4.6035/6080 berbanding dolar AS daripada paras 4.5900/598 pada akhir Jumaat lepas.

Hasil Perbendaharaan AS naik, ringgit ditutup rendah cecah 4.70
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit mengukuh berbanding yen, susut berbanding dolar AS
Ringgit ditutup mengukuh berbanding yen Jepun namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman mengenai data inflasi AS pada lewat hari ini, kata penganalisis.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi Wall Street yang kembali pulih
Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FBM KLCI meningkat 7.02 mata kepada 1,404.64 daripada 1,397.62 penutup Isnin.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka 5.71 mata lebih rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street.

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, ambil petunjuk pergerakan menaik Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Isnin selepas dagangan di Wall Street mengukuh semula.

Dagangan di Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
Dagangan di Bursa Malaysia menyusut sedikit pada sesi permulaan urus niaga, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street.