KUALA LUMPUR: Ringgit yang gagal bertahan dalam meneruskan kenaikan pada minggu lepas akhirnya ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS, berikutan sentimen yang mengelak berlakunya risiko, membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap dolar AS.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.7295/7335 berbanding dolar AS daripada 4.7115/7155 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan semasa adalah pada konflik Israel-Palestin, dan bagaimana keadaan itu akan berkembang adalah masih tidak pasti.
"Bagaimanapun, ketegangan yang berpanjangan di rantau itu berkemungkinan akan menaikkan harga minyak mentah kerana berdekatan dengan negara-negara pengeluar minyak terbesar. Konflik ini juga mungkin melibatkan pemain global utama, termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Iran dan negara-negara Timur Tengah yang lain.
"Secara ringkasnya, sentimen mengelak risiko telah berlaku, membawa kepada meningkatnya permintaan untuk dolar AS. Malah, Indeks Dolar AS (DXY) telah menyaksikan kenaikan 0.24 peratus, mencecah 106.295 mata, manakala kadar pertukaran dolar AS kepada ringgit kekal pada RM4.7285, bawah paras rintangan serta-merta pada RM4.7495," katanya kepada Bernama.
Beliau menjangkakan ringgit akan kekal dalam tekanan pada masa terdekat kerana pasaran memantau dengan teliti perkembangan konflik Israel-Palestin.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia turun berbanding yen kepada 3.1716/1745 daripada 3.1612/1641 pada penutup Jumaat, susut berbanding euro kepada 4.9811/9853 daripada 4.9720/9763 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7634/7682 daripada 5.7494/7543.
Mata wang tempatan itu bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.31 daripada 8.32/8.33 ketika ditutup pada Jumaat dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 301.3/301.7 daripada 301.7/302.1 sebelumnya.
Ia diniagakan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.7435/7588 daripada 12.7200/7367 pada Jumaat dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4542/4574 daripada 3.4458/4493 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat FOMC Khamis ini
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.