KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan pendirian tidak agresif Rizab Persekutuan AS (Fed) terhadap kenaikan kadar faedah serta prospek perbelanjaan fiskal di China untuk merangsang perbelanjaan pengguna, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang ini, ringgit berada di paras 4.6130/6165 berbanding dolar AS daripada 4.6235/6280 pada akhir urus niaga pada Khamis.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kenyataan mengenai pengangguran AS adalah di luar jangkaan yang menunjukkan pasaran pekerjaan AS semakin reda, justeru Fed AS tidak perlu bersikap agresif dengan kenaikan kadar faedah.
Selain itu, beliau berkata prospek perbelanjaan fiskal di China untuk merangsang perbelanjaan pengguna telah menyaksikan dagangan yuan lebih kukuh sejak 24 jam lalu, memberikan tarikan positif kepada ringgit.
"Jika pengangguran lebih tinggi di AS ditambah pula dengan jangkaan inflasi yang menurun sepanjang musim panas (bulan Jun hingga September), ia akan mempengaruhi Fed untuk tidak menaikkan kadar, melemahkan sedikit dolar US dan mengukuhkan ringgit," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia.
Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2721/2748 daripada 3.2781/2816 pada Khamis tetapi merosot berbanding pound Britain kepada 5.9014/9059 daripada 5.8543/8600 dan turun berbanding euro kepada 5.0503/0541 daripada 5.0151/0200.
Bagaimanapun, unit tempatan itu mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Unit tempatan naik berbanding rupiah Indonesia pada 308.7/309.1 daripada 309.1/309.6 tetapi turun berbanding baht Thai kepada 13.2974/3140 daripada 3.2783/2981 dan berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.4513/4542 daripada 3.4442/4481 semalam.
Bagaimanapun, ringgit tidak berubah peso Filipina pada 8.26/8.27.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023

Pada 6 petang ini, ringgit berada di paras 4.6130/6165 berbanding dolar AS daripada 4.6235/6280 pada akhir urus niaga pada Khamis. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.