KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh data makroekonomi yang positif yang memberi sokongan kepada mata wang tempatan, kata ahli ekonomi.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7655/7700 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7710 pada Khamis.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar inflasi Malaysia terus berkurangan kepada 1.9 peratus pada September.
Selain itu, anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2023 mencatatkan 3.3 peratus daripada 2.9 peratus pada suku kedua 2023.
"Sehubungan itu, ekonomi Malaysia adalah stabil walaupun terdapat ketidaktentuan dalam pasaran pertukaran asing dan permintaan luar," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, katanya peserta pasaran akan terus memantau konflik geopolitik yang sedang berlaku di Timur Tengah.
Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berpendapat dolar AS telah berada pada kedudukan terlebih beli, menyaksikan peningkatan yang ketara daripada data ekonominya yang kukuh baru-baru ini.
"Dolar AS mungkin tidak mempunyai banyak ruang untuk meningkat lagi dan ini boleh mengurangkan tekanan ke atas mata wang Asia," katanya.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding pound kepada 5.7777/7831 daripada 5.7712/7748 pada Khamis dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0462/0510 daripada 5.0274/0305 semalam, bagaimanapun tinggi berbanding yen kepada 3.1781/1813 daripada 3.1821/1843 sebelum ini.
Sebaliknya, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asia lain.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0504/0681 daripada 13.0716/0849 semalam dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 300.1/300.7 daripada 301.4/301.8 sebelum ini.
Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4731/4767 daripada 3.4702/4726 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.40 daripada 8.38/8.39 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697802552_Duitjutakela.jpg)
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7655/7700 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7710 pada Khamis. - Gambar hiasan
![Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739026624_HooChangHook.jpg)
Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.
AWANI 7:45 [8/2/2025] – Sila hidup harmoni|Umum tempoh terdekat|Demi keluarga| Majikan tidak boleh halang
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Sudah lama kita hidup bersama, jangan wujud perkauman, titah Sultan Pahang
- Siapa T15? Data kena tepat, jangan terburu-buru
- Apa sahaja dalam tong sampah, rezeki bagi Pok Jani
- Tidak boleh tangguh, wajib lapor diri, PLKN 3.0
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Sudah lama kita hidup bersama, jangan wujud perkauman, titah Sultan Pahang
- Siapa T15? Data kena tepat, jangan terburu-buru
- Apa sahaja dalam tong sampah, rezeki bagi Pok Jani
- Tidak boleh tangguh, wajib lapor diri, PLKN 3.0
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
![LPPB diminta ambil tindakan tuntas selesai teguran Jabatan Audit Negara LPPB diminta ambil tindakan tuntas selesai teguran Jabatan Audit Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010273_MasiungBanah.jpg)
LPPB diminta ambil tindakan tuntas selesai teguran Jabatan Audit Negara
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah mengarahkan tadbir urus agensi itu supaya mengambil tindakan tuntas untuk menyelesaikan teguran JANM.
![Kelayakan Piala Asia: Pemain tempatan perlu sahut cabaran rebut tempat Harimau Malaya - Razman Kelayakan Piala Asia: Pemain tempatan perlu sahut cabaran rebut tempat Harimau Malaya - Razman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739025444_FAM.jpg)
Kelayakan Piala Asia: Pemain tempatan perlu sahut cabaran rebut tempat Harimau Malaya - Razman
Setiap pemain berpeluang mewakili negara menjelang pemilihan pemain untuk perlawanan pertama bertemu Nepal, 25 Mac depan.
![Pemimpin Lubnan desak AS pastikan Israel berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan Pemimpin Lubnan desak AS pastikan Israel berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739024384_selatanlubnan.jpg)
Pemimpin Lubnan desak AS pastikan Israel berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan
Perdana Menteri sementara Lubnan Najib Mikati turut menuntut supaya kemusnahan sistematik bandar dan kampung dihentikan.
AWANI Ringkas: Majlis perayaan bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Cabul kanak-kanak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas 8 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Februari 2025
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
![PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739021344_NancyShukri.jpg)
PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.
AWANI Borneo [8/2/2025] – 11 hari tidak surut|Siasatan projek mineral|Pelancaran satelit pertama Sarawak
Awani Borneo Sabtu, 8 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
![Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
![Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738674540_Afzanizam.jpg)
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.
![Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
![Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724203623_malaysiaringgitus.jpg)
Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.
![Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702010762_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.
![Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
![Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.
![Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702010762_duitringgit.jpg)
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.