KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS apabila lebih ramai pelabur kembali beralih kepada mata wang negara sedang pesat membangun berikutan isyarat bercampur-campur daripada ekonomi global, kata para peniaga.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6400/6440 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6405/6445 pada Selasa.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit lemah pada sesi dagangan awal pagi susut kepada 4.6580 tetapi melantun semula menuju pengakhiran dagangan dengan ditutup pada 4.6400.
"Jelas sekali, pasaran agak bimbang tentang penetapan masa penurunan kadar di Amerika Syarikat (AS). Nampaknya ada perbezaan antara apa yang dijangkakan pasaran, iaitu penurunan kadar pada Mac tahun ini dengan apa yang ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) nyatakan dalam minit mesyuarat mereka.
"Justeru, pengumuman indeks harga pengguna (IHP) esok akan dipantau rapat oleh pasaran bagi mendapatkan pengesahan selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) pada Disember (tahun lepas) yang lebih kukuh dari jangkaan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, pada penutup dagangan ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 5.0789/0833 daripada 5.0790/0834 pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9044/9095 daripada 5.9092/9143 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2018/2047 daripada 3.2235/2265.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4851/4883 daripada paras penutup 3.4912/4947 pada Selasa dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.25 daripada 8.28/8.29.
Unit tempatan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 297.9/298.4 daripada 298.9/299.4 dan menambah berbanding baht Thai kepada 13.2598/2777 daripada 13.2737/2928.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Pada penutup dagangan ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar fail/Bernama

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan pembelian meluas ketika sesi akhir, dengan petunjuk pasaran menamatkan dagangan pada paras tertinggi harian, dipacu oleh saham-saham tenaga, kata penganalisis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu aktiviti belian saham harga rendah
Pada 5 petang, indeks penanda aras itu meningkat 11.18 mata kepada 1,566.72 daripada 1,555.54 ketika ditutup pada Khamis.

Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil.

Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.

Ringgit ditutup tinggi disokong penurunan hasil bon Amerika Syarikat
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4495/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada penutup Jumaat.

Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.