KUALA LUMPUR: Ringgit dan kebanyakan mata wang serantaunya diniagakan lebih rendah pada Rabu ketika dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat secara menyeluruh menjelang pengumuman data inflasi AS minggu ini.
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7690/7730 berbanding dolar AS daripada 4.7585/7635 semasa ditutup pada Selasa.
Dolar Singapura, baht Thailand dan rupiah Indonesia masing-masing merosot 0.20 peratus, 0.48 peratus dan 0.60 peratus.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, ringgit yang mengukuh semula susulan kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa unit tempatan itu terkurang nilai, telah diatasi oleh kenaikan dolar AS.
"Trend ini telah berterusan walaupun data barangan tahan lama AS adalah lebih lemah berbanding jangkaan dan keyakinan pengguna AS yang merosot dalam tempoh semalaman," katanya kepada Bernama.
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio UOB Kay Hian Mohd Sedek Jantan berkata pasaran dilihat memberikan reaksi positif terhadap jaminan BNM mengenai penilaian mata wang tempatan dan usaha kerajaan untuk menangani penyusutan ringgit.
Ini dapat dilihat pada kadar ringgit BNM yang ditutup lebih tinggi kepada 4.7675 hari ini berbanding dolar AS daripada 4.7705 sebelumnya.
Beliau berkata UOB Kay Hian Wealth Advisors menjangkakan ringgit akan mengakhiri suku pertama 2024 pada paras 4.70.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1635/1664 daripada 3.1671/1706 ketika ditutup pada Selasa, naik berbanding pound Britain kepada 6.0199/0250 daripada 6.0362/0425 semalam, dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1510/1553 daripada 5.1625/1679 sebelumnya.
Ringgit turut mencatat prestasi lebih baik berbanding mata wang Asean lain.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2252/2421 daripada 13.2782/2984 semasa ditutup pada Selasa dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.5405/5437 daripada 3.5419/5459 sebelumnya.
Mata wang tempatan naik berbanding peso Filipina kepada 8.47/8.49 daripada 8.48/8.49 semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 303.8/304.3 daripada 304.1/304.6.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7690/7730 berbanding dolar AS daripada 4.7585/7635 semasa ditutup pada Selasa. - Gambar hiasan
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan DXY yang meningkat.
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap tarif
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody's terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia.
Trump 'berlembut' isu tarif China, ringgit cecah paras tertinggi bagi hampir tiga bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir tiga bulan pada akhir urus niaga Jumaat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4320/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4465 semalam.
Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal pada 3.0 peratus
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 4.4335/4500 berbanding dolar US daripada 4.4340/4400 pada akhir dagangan semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.