KUALA LUMPUR: Ringgit melantun semula daripada penurunan pada Selasa untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah prestasi positif mata wang serantau, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7535/7555 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7700/7750 pada Selasa.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mengukuh berbanding dolar AS hari ini kerana terdapat kemungkinan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan dikekalkan buat masa ini.
"Ringgit naik sebanyak 0.39 peratus berbanding dolar AS kepada RM4.7533. Mata wang serantau lain termasuk rupiah, baht Thai, peso Filipina dan won Korea masing-masing meningkat sebanyak 0.46, 0.22, 0.55 dan 0.83 peratus.
"Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), yang berlangsung malam tadi jelas menunjukkan kadar faedah AS dijangka kekal dalam tempoh terdekat ini memandangkan inflasi tidak banyak berubah untuk mencapai paras sasarannya," katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, Mohd Afzanizam berkata agak melegakan apabila Rizab Persekutuan AS nampaknya tidak cenderung untuk menaikkan kadar dana.
"Cabaran seterusnya adalah Senarai Gaji Bukan Ladang AS yang akan diumumkan malam esok," katanya.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.0614/0629 daripada paras penutup 3.0396/0430 pada Selasa tetapi mengukuh berbanding pound Britian kepada 5.9490/9515 daripada 5.9835/9898 dan naik berbanding euro kepada 5.0877/0898 daripada 5.1163/1217 sebelumnya.
Pada masa yang sama, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Ringgit naik berbanding baht Thai kepada 12.8615/8729 daripada 12.8689/8869 pada Selasa dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4970/4987 daripada 3.5045/5084.
Bagaimanapun, unit tempatan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 293.6/293.9 daripada 293.3/293.8 dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.26/8.27 daripada 8.25/8.27 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar fail/Bernama
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.

Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi dalam setahun
Perkembangan itu sebagai reaksi pasaran yang positif terhadap kenyataan terbaharu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS, hampir kepada paras tertinggi dalam 11 bulan
Pada 8 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.5875/5945 berbanding dolar AS daripada 4.5885/5925 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam ini.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari yang bermula hari ini, kata penganalisis.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US disebabkan kekurangan minat belian sementara Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) mencatatkan kenaikan, melepasi paras 105 mata.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.06 pagi, ringgit merosot kepada 4.7150/7200 berbanding dolar AS daripada 4.6900/6940 pada Jumaat lepas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6970/6985 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.7005/7030 semalam.

Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.