KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup mengukuh berbanding yen Jepun namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman mengenai data inflasi AS pada lewat hari ini, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6785/6835 berbanding dolar AS daripada 4.6755/6805, semalam.
Laporan menyatakan bahawa yen yang juga mata wang ketiga baling banyak diniagakan, susut ketika peniaga menerima ulasan pegawai kanan bank pusat Jepun mengenai kemungkinan mengambil tindakan lebih awal untuk menamatkan kadar faedahnya yang negatif.
Mengulas prestasi ringgit, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata unit tempatan itu juga susut berbanding euro dan pound Britain.
"Tumpuan kini kepada data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan diumumkan malam ini. Konsensus ramai menganggarkan bahawa inflasi bagi Ogos berkemungkinan pada paras 3.6 peratus berbanding 3.2 peratus pada Julai lepas.
"Pasaran juga menjangkakan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan kadar faedah utama pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) minggu depan. Namun, sebarang kenaikan kadar inflasi akan hanya mendorong Fed untuk menaikkan kadar faedah tersebut," katanya kepada Bernama.
Nota penyelidikan itu juga menyifatkan bahawa ringgit berkemungkinan mendapat sokongan daripada harga minyak yang kukuh.
Selain itu, pada jam 6 petang ini, ringgit meningkat berbanding yen Jepun pada 3.1742/1778 daripada 3.1849/1886 semalam namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.8308/8370 daripada 5.8299/8361 serta susut berbanding euro kepada 5.0200/0254 daripada 5.0131/0184.
Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang Asean.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0809/1003 daripada 13.1157/1349 pada akhir urus niaga semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia pada 304.3/304.8 daripada 304.7/305.2.
Unit tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4358/4400 daripada 3.4338/4378 dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.25/8.26.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023

Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang Asean. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Feb ini.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Feb ini.

Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik lima sen di Semenanjung
Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.

Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.