KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan potensi kenaikan harga minyak susulan daripada ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7100/7190 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7210 pada Jumaat lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata jika terdapat impak yang ketara terhadap bekalan dan harga minyak, ringgit dijangka mencatatkan pergerakan meningkat yang ketara, mengatasi prestasi mata wang serantau dari segi perdagangan.
"Potensi kenaikan harga minyak boleh memberi sokongan kepada ringgit apabila mengambil kira konteks perbandingan silang mata wang.
"Ia boleh memberi manfaat kepada ringgit berikutan Malaysia adalah negara pengeksport minyak. Apabila harga minyak naik, hasil negara daripada eksport minyak turut meningkat, yang boleh memberi impak positif kepada mata wangnya," katanya kepada Bernama.
Innes juga berkata kedudukan ringgit sebahagian besarnya bergantung kepada sentimen risiko Kumpulan G10 dan daya tahan ekonomi AS, dengan tumpuan khusus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS.
"Perlu diberi perhatian bahawa inflasi teras AS dijangka susut, seperti yang ditunjukkan oleh deflator Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS, yang boleh membawa kepada dolar AS rendah pada minggu ini," katanya.
"Oleh itu, saya menjangka kadar ringgit akan berada pada sekitar 4.70 hingga 4.73 minggu ini," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia naik berbanding euro kepada 5.1344/1442 daripada 5.1324/1379 dan rendah berbanding pound kepada 5.9864/9978 daripada 5.9822/9886 pada Jumaat lepas.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1824/1887 daripada 3.1871/1907.
Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5165/5237 daripada 3.5176/5216, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 301.5/302.3 daripada 301.9/302.4 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.44 daripada 8.43/8.44 minggu lepas.
Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 13.2788/3102 daripada 13.2733/2941 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7100/7190 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7210 pada Jumaat lepas. - Gambar fail

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.

Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.3460/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3470/3505 semasa ditutup pada Isnin.

Pergerakan ringgit dalam hala tuju tepat, cerminkan asas ekonomi - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit kini dalam hala tuju yang tepat mencerminkan asas ekonomi dan prospek kukuh negara, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, prestasi ringgit bertambah baik dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini susulan strategi bersepadu kerajaan.

Jangan jadikan isu kelemahan ringgit sebagai senjata politik - PM Anwar
Kerajaan sentiasa cari jalan untuk atasi perkara itu termasuk dengan memperkenal kerangka Malaysia MADANI yang bertujuan memperkasa ekonomi negara.

Prestasi ringgit bukan cerminan prospek ekonomi Malaysia masa depan - Gabenor BNM
Prestasi ringgit ketika ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa hadapan, kata Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Prestasi ringgit akan dijawab Gabenor BNM - PM
Segala persoalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun negara maju itu mencatat inflasi lebih tinggi, kata seorang penganalisis.

Ringgit mengukuh susulan ketegangan geopolitik, potensi harga minyak meningkat
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan potensi kenaikan harga minyak susulan daripada ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.

Ringgit terus catat aliran meningkat
Keyakinan berterusan mengenai data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang positif meningkatkan sentimen, membolehkan ringgit dibuka tinggi pada Khamis.