KUALA LUMPUR:Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus pada minggu akan datang.
Penganalisis Pasaran FXTM, Han Tan berkata tindak balas kesihatan dan ekonomi Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang sedang berlangsung, bersama tingkah laku dolar AS, akan menjadi pemacu utama dalam menentukan prestasi ringgit-dolar AS bergerak ke hadapan.
"Untuk minggu yang akan datang, paras psikologi 4.00 mungkin memberikan isyarat bagi pasangan mata wang itu, manakala purata bergerak mudah 50 hari (50-SMA) boleh disaran sebagai respons sekali lagi, sebagai tahap rintangan utama sekiranya terdapat satu lagi episod kehilangan selera risiko," katanya kepada Bernama.
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan datang dijadualkan berlangsung pada 20 Jan depan.
Tan berkata memandangkan pendirian yang lebih akomodatif di kalangan bank-bank pusat global, ringgit dijangka tidak akan terkesan walaupun Bank Negara Malaysia membuat pemotongan 25 mata asas.
Menurutnya, Bank Pusat Eropah dan Bank of Japan diramal tidak akan mengubah tetapan dasar mereka pada mesyuarat yang akan dibuat Januari ini.
"Bagaimanapun, pasaran bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang petunjuk yang berpotensi mengenai pelarasan yang membabitkan dasar monetari," katanya.
Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berpendapat minggu hadapan adalah terlalu cepat untuk ringgit menguji paras 4.0 memandangkan PKP 2.0 ini hanya akan mengambil tempoh dua minggu sahaja iaitu sehingga 26 Jan.
"Jadi saya menjangkakan urus niaga jajaran kecil yang sama tetapi lebih menguntungkan untuk ringgit pada minggu hadapan," katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan antara 4.0550/0600 dan 4.0350/0380 berbanding dolar AS.
Ia memadankan kerugiannya untuk minggu ini berbanding dolar AS kepada 4.0350/0380 semalam berikutan reaksi serta merta selepas kerajaan membuat pengisytiharan darurat pada Selasa lepas.
"Pengumuman itu menyebabkan ringgit mencecah paras -4.07 pada Selasa," kata Tan.
Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa perintah sekatan PKP berskala penuh akan dilaksanakan di beberapa kawasan, manakala pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat sehingga 1 Ogos atau selepas COVID-19 terkawal.
BACA: PKP 2.0: Teks penuh perutusan khas Perdana Menteri
BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
Kedua-dua pengumuman itu bertujuan menangani penularan wabak
Sementara itu, mata wang tempatan itu turut dipengaruhi oleh harga minyak mentah yang menyaksikan penanda aras harga mentah Brent terus melebihi AS$55 setong selain daripada pelan rangsangan pandemik Presiden AS Joe Biden bernilai AS$1.9 trilion dan pendirian hambar Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai kadar faedah negara itu.
Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit melemah berbanding dolar AS pada 4.0350/0380 daripada 4.0300/0340 yang direkodkan semasa minggu sebelumnya.
Ringgit juga didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia menokok dolar Singapura kepada 3.0386/0418 daripada 3.0420/0459 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8977/9021 daripada 4.9319/9384.
Ringgit, bagaimanapun jatuh berbanding yen kepada 3.8918/8962 daripada 3.8813/8863 dan susut berbanding pound kepada 5.5029/5086 daripada 5.4804/4875 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021

Tingkah laku dolar AS akan menjadi pemacu utama dalam menentukan prestasi ringgit-dolar AS bergerak ke hadapan. - Foto fail

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Komoditi: pencuri kopi meningkat di A.S akibat harga biji kopi melambung
Kes kecurian muatan trak yang membawa biji kopi mentah semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan lonjakan harga kopi ke paras tertinggi sepanjang tahun lalu.
Kemalangan laut: kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Sebuah kapal tangki yang membawa bahan api jet untuk tentera Amerika Syarikat bertembung dengan sebuah kapal kontena di luar pesisir timur laut England pada Isnin.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.
Pasca perang: SDF setuju sertai institusi negara baharu Syria
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan institusi negara baharu Syria, menurut kenyataan Pejabat Presiden Syria pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4230/4270 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4270/4320 pada Rabu.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.