KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur berhati-hati dengan penilaian terkini oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengenai keadaan ekonomi, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7350/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7325/7380 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Fed dijangka meneruskan pelan mereka, mengekalkan kadar yang tinggi untuk suatu tempoh bagi mereka mendorong kadar inflasi ke arah matlamat dua peratus.
Beliau berkata terdapat sentimen penghindaran risiko pada masa ini dengan ekuiti penanda aras dalam pasaran AS merosot dengan cepat malam tadi menjelang kenyataan pengerusi Fed kepada Kongres AS esok.
"Bagi ringgit, perhatian juga akan tertumpu kepada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) apabila mereka akan membuat keputusan esok. Kadar OPR dijangka kekal stabil pada 3.00 peratus," katanya.
Bagaimanapun, katanya ia adalah mengenai cara ahli MPC melihat ekonomi, terutamanya mengenai prospek inflasi, mengambil kira perubahan dasar berkaitan cukai dan mata wang yang rendah.
"Oleh itu, ringgit dijangka berada dalam jajaran kecil pada RM4.72 hingga RM4.73 hari ini," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan merosot berbanding pound kepada 6.0116/0179 daripada 6.0027/0097 pada Selasa, susut berbanding euro kepada 5.1370/1424 daripada 5.1348/1407 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1562/1598 daripada 3.1466/1505 sebelum ini.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain.
Ia tinggi berbanding baht Thailand kepada 13.2060/2254 daripada 13.2119/2320 pada Selasa, bagaimanapun merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5249/5289 daripada 3.5209/5253, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.6 daripada 300.0/300.5 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.46/8.47 daripada 8.45/8.47 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7350/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7325/7380 semalam. -Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.