KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pelabur menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Januari yang dijadual dikeluarkan pada Selasa untuk menjangkakan hala tuju dasar monetari Rizab Persekutuan AS akan datang.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.3575/3625 berbanding dolar AS daripada 4.3320/3350 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata harga kereta terpakai AS yang lebih tinggi dan data pekerjaan perkhidmatan menunjukkan angka inflasi mungkin lebih tinggi berbanding jangkaan justeru, hasil AS akan mengalami prestasi lebih baik s ekali gus boleh melemahkan ringgit.
"Selain itu, peningkatan ketegangan AS-China juga menjejaskan mata wang negara Asia selepas Tentera Udara AS menembak jatuh satu lagi objek terbang yang kemungkinan milik China," katanya kepada Bernama.
Angka inflasi yang lebih tinggi akan membawa pasaran mengalami semula kemungkinan kadar faedah lebih tinggi bagi tempoh lebih lama.
Innes berkata bagaimanapun, sekiranya data IHP tidak melebihi kadar sebelumnya, keadaan makro yang semakin baik boleh memurahkan dolar AS.
Di peringkat domestik, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2837/2877 daripada 3.3089/3114 ketika ditutup pada Jumaat lepas dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2697/2739 daripada 3.2635/2663.
Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.6521/6574 daripada 4.6391/6424 pada Jumaat dan lemah berbanding pound British kepada 5.2447/2507 daripada 5.2404/2440.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.3575/3625 berbanding dolar AS daripada 4.3320/3350 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. - Gambar fail
Pekebun orang asli kerugian rm5,000 akibat serangan gajah liar
Serangan gajah liar musnahkan 1,000 pokok tanaman di Kampung Mendrod, Gua Musang. Pekebun alami kerugian RM5,000, bantuan pampasan disediakan melalui pejabat Ahli Parlimen.
STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai esok - MOF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan mulai esok melibatkan peruntukan RM2.3 bilion.
Pukul anjing guna tukul besi, mekanik ditahan
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan berkata tangkapan ke atas lelaki berusia 42 tahun itu dilakukan setelah laporan polis dibuat oleh pengadu yang melihat rakaman video kejadian berkenaan di laman Facebook.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan berkata tangkapan ke atas lelaki berusia 42 tahun itu dilakukan setelah laporan polis dibuat oleh pengadu yang melihat rakaman video kejadian berkenaan di laman Facebook.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-Malaysia Labour Centre, Uni-Mlc) menyambut baik pengumuman peningkatan peruntukan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 sebanyak rm10 juta oleh Menteri Sumber Manusia, Yb Steven Sim Chee Keong.
Presidennya, datuk mohamed shafie bp mammal dalam satu kenyataan berkata langkah ini dilihat sebagai usaha penting oleh kementerian sumber manusia (kesuma) dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di malaysia melalui pelbagai inisiatif.
Presidennya, datuk mohamed shafie bp mammal dalam satu kenyataan berkata langkah ini dilihat sebagai usaha penting oleh kementerian sumber manusia (kesuma) dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di malaysia melalui pelbagai inisiatif.
Kementerian komunikasi perkenal "chat box" untuk semak kesahihan sebaran
Aplikasi "Chat Box" dalam WhatsApp akan bantu pengguna menyemak kesahihan teks, video, dan muat turun dengan pantas. Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Trump mahu Greenland demi keselamatan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa penguasaan Greenland oleh Amerika Syarikat adalah perlu bagi memastikan keselamatan antarabangsa.
Kenyataan itu dibuat semasa beliau menandatangani beberapa perintah eksekutif di Pejabat Oval pada hari pertama memulakan penggal kedua sebagai presiden.
Kenyataan itu dibuat semasa beliau menandatangani beberapa perintah eksekutif di Pejabat Oval pada hari pertama memulakan penggal kedua sebagai presiden.
Malaysia perlu manfaat kepengerusian ASEAN, bukti perpaduan
Malaysia perlu berupaya memanfaatkan kesempatannya sebagai pengerusi ASEAN 2025 untuk memposisikan diri sebagai medium suara negara-negara ASEAN.
Trump ampunkan 1,500 pesalah insiden 6 Januari
Donald Trump mengampunkan kira-kira 1,500 penyokongnya yang menyerang Capitol Amerika Syarikat empat tahun lalu, hanya beberapa jam selepas kembali sebagai Presiden pada Isnin.
Keputusan mengampunkan penyokong yang terlibat dalam serangan Capitol pada 6 Januari 2021 dijangka membangkitkan kemarahan polis, ahli parlimen, dan mangsa yang hidupnya terancam dalam insiden tersebut.
Keputusan mengampunkan penyokong yang terlibat dalam serangan Capitol pada 6 Januari 2021 dijangka membangkitkan kemarahan polis, ahli parlimen, dan mangsa yang hidupnya terancam dalam insiden tersebut.
Trump umum pengunduran AS dari WHO
Amerika Syarikat akan menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), umum Presiden Donald Trump.
Beliau berkata pengunduran tersebut adalah disebabkan badan itu gagal menangani pandemik COVID-19 dan krisis kesihatan lain dengan berkesan.
Beliau berkata pengunduran tersebut adalah disebabkan badan itu gagal menangani pandemik COVID-19 dan krisis kesihatan lain dengan berkesan.
Fahmi luang masa ziarah pemimpin, mantan pemimpin PKR Kelantan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi seorang mantan pemimpin PKR Kelantan semasa berada di negeri itu semalam.
Ringgit diunjur pada RM4.45-RM4.55, FBM KLCI pada 1,700-1,840 pada 2025 - Firma penyelidikan
Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.
Momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan minggu depan
Ringgit dijangka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit paling kukuh berbanding dolar AS di Asia - Rafizi
Ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.
Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini
Maybank Research menjangkakan ringgit lebih kukuh akhir tahun ini pada RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.