KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin selepas minat risiko dalam pasaran tempatan dijejaskan oleh pengukuhan ketara unit negara maju itu menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Terbuka Persekutuan AS (FOMC).
Pada 9 pagi ini, nilai ringgit turun ke paras 4.5670/5710 berbanding dolar AS daripada 4.5600/5655 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka diniagakan dalam sentimen berhati-hati minggu ini dengan tumpuan utama kepada beberapa siri mesyuarat bank-bank pusat utama yang dimulakan dengan mesyuarat dua hari FOMC pada 25-26 Julai ini.
"Kebanyakan negara menjangkakan kenaikan sebanyak 25 mata asas. Langkah sama juga dijangka dilaksanakan oleh Bank Pusat Eropah (ECB) yang menaikkan 25 mata asas lagi dalam kadar dasarnya.
"Bagaimanapun, mesyuarat dasar Bank of Japan pada 28-29 Julai ini akan menyaksikan sebaliknya kerana berkemungkinan mahu mengekalkan dasar monetari lebih akomodasi seiring dengan Kawalan Lekuk Hasil (YCC)," katanya.
YCC merujuk kepada strategi dasar bank pusat untuk menyasarkan dan menguruskan hasil dan kadar tertentu membabitkan bon-bon kerajaan.
Beliau berkata pasaran juga telah memberi reaksi terhadap mesyuarat FOMC dan berikutan itu impak ke atas ringgit dijangka tidak sebegitu ketara
"Sehubungan itu, kita akan menyaksikan permintaan terhadap dolar AS terus mengukuh dan menyebabkan gandingan dolar AS-ringgit dalam julat RM4.56 hingga RM4.57 hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, ringgit mencatat prestasi kurang memberangsangkan berbanding kelompok mata wang utama.
Unit tempatan itu rendah berbanding euro kepada 5.0826/0871 daripada 5.0735/0796; susut berbanding yen Jepun kepada 3.2235/2267 daripada 3.2185/2229 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.8745/8797 daripada 5.8669/8740 sebelumnya.
Ringgit turut mencatat prestasi sama berbanding mata wang Asean.
Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4328/4363 daripada 3.4304/4350 pada Jumaat, turun berbanding dolar Filipina kepada 8.34/8.36 daripada 8.33/8.34; susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.8/304.3 daripada 303.4/303.9 dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.2434/2608 daripada 13.2327/2541 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Pada 9 pagi ini, nilai ringgit turun ke paras 4.5670/5710 berbanding dolar AS daripada 4.5600/5655 pada akhir urus niaga Jumaat lepas. - Gambar hiasan

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.

Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.

Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.

Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.

Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.

Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.