KUALA LUMPUR: Indeks harga pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) bulan Jun yang lebih rendah telah mendorong nilai ringgit untuk terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5425/5480 berbanding dolar AS daripada 4.5800/5845 pada penutupan Khamis.
IHPR AS lebih rendah daripada jangkaan iaitu 0.1 peratus tahun ke tahun pada Jun 2023 berbanding anggaran konsensus 0.4 peratus, manakala IHPR teras ialah 2.4 peratus pada bulan Jun berbanding anggaran konsensus 2.6 peratus.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS kekal dalam mod lemah dengan indeks dolar AS (DXY) berlegar di bawah 100 mata.
"Pada masa yang sama, eksport China merosot dengan ketara daripada jangkaan kepada -12.4 peratus tahun ke tahun berbanding jangkaan -9.5 peratus dan import turun kepada -6.8 peratus berbanding anggaran konsensus -4.0 peratus," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, beliau menambah ringgit akan terus mengukuh.
"Paras sokongan serta-merta kini berada pada RM4.5491 dan sekiranya USD/MYR menembusi paras sedemikian, paras sokongan seterusnya ialah pada RM4.4872," katanya.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Mata wang tempatan meningat berbanding yen Jepun kepada 3.2998/3040 daripada 3.3069/3103 pada penutupan Khamis, mengukuh berbanding euro kepada 5.0976/1038 daripada 5.1168/1218 semalam dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.9593/5.9665 daripada 5.9861/9919 sebelumnya.
Berbanding mata wang Asean, ringgit turut diniagakan tinggi.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4374/4421 daripada penutupan dagangan Khamis 3.4553/4590 serta mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 303.4/304.0 daripada 305.9/306.4 sebelumnya.
Ringgit turut menambah nilai berbanding baht Thai kepada 13.1362/1578 daripada 13.2481/2673 semalam dan menokok berbanding peso Filipina kepada 8.34/8.36 daripada 8.40/8.41 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5425/5480 berbanding dolar AS daripada 4.5800/5845 pada penutupan Khamis. -Gambar fail/Reuters

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat FOMC Khamis ini
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.