KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Khamis, didorong oleh sentimen positif selepas bank pusat AS dijangka tidak melaksanakan sebarang pengurangan kadar faedah dalam masa terdekat, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7140/7170 berbanding dolar AS daripada paras 4.7335/7400, semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata langkah Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan pendiriannya berkaitan pengurangan kadar faedah sebanyak tiga kali tahun ini terbukti membantu memulihkan sentimen pasaran.
Malah, ringgit turut menyertai mata wang serantau lain yang mencatat pengukuhan berbanding dolar AS.
"Keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS semalam adalah bukti jelas bahawa jangkaan berkaitan penurunan kadar faedah itu tidak terjejas.
"Sekarang hanya menunggu masa serta jumlah pengurangan bagi kadar faedah itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata Bank Negara Malaysia (BNM) juga terus mengulangi bahawa ringgit telah terkurang nilai atau dinilai rendah, sekali gus membuka laluan bagi kemungkinan peningkatannya pada lewat tahun ini.
"Memandangkan BNM berkemungkinan besar mengekal Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi keseluruhan tempoh 2024, perbezaan kadar faedah dengan kadar AS akan berkurangan apabila pihak bank pusat AS mula menurunkan kadar itu seawal Jun ini," katanya.
Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1200/1222 daripada 3.1207/1252; susut berbanding euro kepada 5.1444/1477 daripada 5.1306/1377 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 6.0202/0241 daripada 6.0082/0165.
Unit tempatan itu bagaimanapun diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean lain.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand pada 13.0712/0850 daripada 13.0821/1048; meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.42 daripada 8.43/8.45 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 300.8/301.1 daripada 301.2/301.6 sebelum ini.
Namun ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5205/5230 daripada 3.5204/5255.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar fail/Bernama
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
AWANI Global: Membangun Semula Gaza
Diskusi dan analisis mengenai membangunkan semula Gaza dan mempergiatkan bantuan kemanusian bersama Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dalam AWANI Global jam 9.00 malam ini.
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang lain
Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar AS pada sesi urus niaga awal Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit menjelang mesyuarat FOMC
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4670/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 pada Selasa.