Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan pokok getah yang ditebang dieksport ke luar negara.
Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata banyak pokok getah yang telah tua dan tidak produktif dibiarkan begitu sahaja kerana harga kayu getah di negara ini murah.
"Untuk mengelak pembaziran, RISDA akan mengusulkan agar kayu getah dibenarkan dieksport kerana adanya permintaan dari luar negara," katanya pada sidang akhbar di sini selepas berdialog dengan pekebun kecil getah Perlis di sini, petang semalam.
Beliau turut berkata kerajaan sentiasa komited untuk membantu pekebun kecil berikutan kejatuhan harga komoditi itu termasuk mempertimbangkan permohonan mereka bagi mengurangkan caj pemprosesan pekerja asing yang mahal.
"Pekebun kecil merungut kerana caj membawa masuk pekerja asing melebihi RM270 seorang sedangkan harga getah jatuh agak teruk. Isu ini akan ditangani segera," kata Zahidi.
Pada masa sama, katanya, RISDA turut meminta pekebun menghasilkan lebih banyak getah lateks yang menguntungkan berbanding getah sekerap selain memohon kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) agar menaikkan subsidi getah bagi menggalakkan pekebun kecil menambah pengeluaran untuk menampung permintaan tempatan.
Zahidi turut meminta pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah di kawasan ladang mereka dengan tanaman yang boleh menjana pendapatan sampingan seperti sayur-sayuran dan herba.
Bernama
Sat Sep 12 2015
![RISDA akan minta kerajaan benar kayu getah dieksport RISDA akan minta kerajaan benar kayu getah dieksport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442031551_DatukZahidiZainul.jpg)
Zahidi turut meminta pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah di kawasan ladang mereka dengan tanaman yang boleh menjana pendapatan sampingan seperti sayur-sayuran dan herba. - Gambar Fail
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![KPPK belum bercadang jadikan ketum sebagai produk komoditi KPPK belum bercadang jadikan ketum sebagai produk komoditi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469861832_DaunKetum.jpg)
KPPK belum bercadang jadikan ketum sebagai produk komoditi
Kerajaan belum bercadang menjadikan tanaman ketum sebagai satu daripada produk komoditi negara.
![Kos pencegahan tinggi jika cadangan RISDA diluluskan - AADK Kos pencegahan tinggi jika cadangan RISDA diluluskan - AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463364582_AzizanAriffin.jpg)
Kos pencegahan tinggi jika cadangan RISDA diluluskan - AADK
Kerajaan akan menanggung kos pencegahan aktiviti penagihan dadah yang tinggi sekiranya bersetuju untuk meluluskan cadangan RISDA.
![Pekebun kecil raih pendapatan tinggi dengan ketum - Pengerusi RISDA Pekebun kecil raih pendapatan tinggi dengan ketum - Pengerusi RISDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61470131349_ZahidiZainulAbidin.jpg)
Pekebun kecil raih pendapatan tinggi dengan ketum - Pengerusi RISDA
RISDA mencadangkan penanaman pokok ketum hanya bagi membantu pekebun kecil yang terhimpit dengan kejatuhan harga komoditi di pasaran dunia.
![RISDA bentang kertas cadangan penanaman ketum Rabu ini RISDA bentang kertas cadangan penanaman ketum Rabu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468424223_IsmailSabri.jpg)
RISDA bentang kertas cadangan penanaman ketum Rabu ini
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan membentangkan kertas cadangan mengenai penanaman pokok ketum Rabu ini.
![Kerajaan tidak tahu rancangan RISDA mahu tanam ketum Kerajaan tidak tahu rancangan RISDA mahu tanam ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51443280544_TAJUDDINABDRAHMAN.jpg)
Kerajaan tidak tahu rancangan RISDA mahu tanam ketum
Isu berkenaan perlu dikaji implikasinya secara terperinci sebelum RISDA memohon kebenaran terhadap penanaman pokok ketum.
![RISDA akan minta kerajaan benar kayu getah dieksport RISDA akan minta kerajaan benar kayu getah dieksport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442031551_DatukZahidiZainul.jpg)
RISDA akan minta kerajaan benar kayu getah dieksport
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan pokok getah yang ditebang dieksport ke luar negara.