Ringkasan AI
- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$117.7 bilion pada 14 Februari 2025, berbanding US$116.4 bilion pada 31 Januari 2025. Rizab ini memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.
- Komponen utama rizab antarabangsa termasuk rizab mata wang asing (US$105.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$3.3 bilion), dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).
- Jumlah aset sebanyak RM634.34 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, Kertas Kerajaan Malaysia, deposit dengan institusi kewangan, pinjaman dan pendahuluan, tanah dan bangunan, serta aset-aset lain.
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$105.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 billion).
Jumlah aset sebanyak RM634.34 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM527.02 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.95 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.70 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.61 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion), serta aset-aset lain (RM61.45 bilion).
BNM menjelaskan jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM634.34 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM196.07 bilion), mata wang dalam edaran (RM176.33 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM124.49 billion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.61 bilion), dan deposit lain-lain (RM79.87 bilion), kertas Bank Negara (RM10.71 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.96 bilion).
-- BERNAMA
