KUALA LUMPUR: Kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat akan lebih menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) susulan pandemik COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya pandemik yang berpanjangan sejak awal tahun lepas telah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dalam merangka masa depan negara yang kini lebih menumpukan kepada perkembangan pasca pandemik bagi lima tahun akan datang.
"RMK-12 juga akan memberi tumpuan terhadap janji kita berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang mana komitmen kerajaan terhadap pembangunan Sabah dan Sarawak, meliputi pembinaan jalan raya, hospital, sekolah dan digital.
"Kalau tanya saya apa keutamaan RMK-12, yang pertama - untuk kemiskinan ini penting, termasuklah keseimbangan jurang pendapatan dan juga hal-hal berkaitan Sabah dan Sarawak, selain luar bandar dan miskin bandar. Kemiskinan menjadi satu tumpuan, jadi kalau miskin kita bukan cakap mengenai projek mega yang biasa dikaitkan dengan projek infrastruktur.
"Jadi tahun depan kita tidak boleh belanja banyak sangat untuk projek yang dianggap besar. Tetapi projek keperluan asas di luar bandar akan terus diberi perhatian," katanya dalam rancangan Bicara Naratif bertajuk RMK-12: Membina Kembali Ekonomi Negara yang disiarkan di TV1 malam tadi.
Mustapa berkata kerajaan tidak boleh mengharapkan projek mega baharu bagi 2022, sebaliknya hanya akan menumpukan kepada projek yang sedang berjalan seperti projek Sistem Transit Rapid (RTS) Malaysia-Singapura dan sebagainya.
Namun, beliau berkata, apabila ekonomi pulih mengikut jangkaan pada 2023, sudah pasti kerajaan perlu memikirkan kepada projek-projek yang boleh membantu meningkatkan infrastruktur seperti jalan raya, pelabuhan dan lapangan terbang.
Mustapa mengakui impak pandemik kepada ekonomi negara cukup besar apabila sebanyak 20 peratus atau kira-kira 580,000 isi rumah daripada kumpulan M40 kini beralih kepada had pendapatan di bawah kumpulan B40.
Justeru, katanya dalam RMK-12, kerajaan perlu memastikan isu yang dihadapi rakyat secara keseluruhan perlu ditangani termasuk dari segi kesihatan dan kesempitan ekonomi.
"Ramai yang tinggal di luar bandar tidak ada perlindungan sosial, yang bekerja sendiri, malah ada yang berkerja dalam sektor ekonomi gig tidak ada perlindungan sosial.
"Pandemik telah mendorong kita untuk melihat beberapa dasar yang dahulu kita rasa tiada masalah, tetapi sekarang menjadi masalah. Ini perkara yang perlu kita tangani," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021

Mustapa berkata pandemik yang berpanjangan sejak awal tahun lepas telah mengubah corak perbelanjaan kerajaan. - Foto BERNAMA
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.

Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.

Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.

Pemaju gagal siapkan projek ikut jadual akan disenarai hitam
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek di Pahang selepas lanjutan tempoh sebanyak tiga kali diberikan.

Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).

Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.

Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.

Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.

564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.

RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.