KUALA LUMPUR: Sebanyak 500 ribu lagi unit rumah mampu milik bakal dibina menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah.
Di samping itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO) akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran.
Bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin, beliau berkata, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2.25 bilion dalam tempoh pelaksanaan RMK-12 (2021-2025)
“Peruntukan ini adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, melibatkan 75 ribu unit rumah di kawasan luar bandar, dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar.
“Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO),” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu membentangkan Usul Mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Sementara itu, bagi memperkukuh kesepaduan Keluarga Malaysia, Ismail Sabri berkata, program perpaduan dan sukan secara inklusif serta komprehensif akan dipergiat.
Beliau berkata, perpaduan rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa selain integrasi nasional silang budaya serta merentasi ideologi politik, adalah tunjang kekuatan sebagai sebuah Keluarga Malaysia.
BACA SEMUA BERHUBUNG RANCANGAN MALAYSIA KE=12 DI SINI
“Apalah maknanya kesejahteraan, sekiranya kita tidak bersatu hati. Sejarah telah mengajar kita betapa pentingnya untuk mengekalkan perpaduan, dalam membina negara bangsa.
“Marilah kita menggerakkan seluruh kekuatan, untuk terus menyebarkan semangat patriotisme dan kesukarelawanan dengan memanfaatkan platform digital dan media yang lain,” katanya lagi.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, pemahaman serta penghayatan mengenai Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, perlu terus diterap dan diperkasakan dalam kalangan generasi belia negara.
Firdaus Azil
Mon Sep 27 2021
![RMK-12: Dana bantuan perumahan RM2.25b, 500 ribu rumah mampu milik untuk golongan bersasar - PM RMK-12: Dana bantuan perumahan RM2.25b, 500 ribu rumah mampu milik untuk golongan bersasar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/81436612362_PRIMA.jpg)
Kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO) akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran. - Gambar hiasan
![Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738816480_TBRONALDO.jpg)
Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.
![Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726754884_WISMAPUTRA.jpg)
Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.
![Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738817735_TBPOTONGTANGAN.jpg)
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738817940_TBAZAMBAKI.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
![Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725703233_durian.jpg)
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
![Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738817714_TBHELICRASHjpg.jpg)
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
![Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738815555_BangunanPerdanaPut.jpg)
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
![SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733744939_tbAzamBaki.jpg)
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
![14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW 14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734441083_tbStreetlights.jpg)
14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW
Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
![23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12 23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696283172_AimanAthirahSabu.jpg)
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
![RMK12: Projek yang lama lulus tetapi belum mula, akan dibatalkan - PM Anwar RMK12: Projek yang lama lulus tetapi belum mula, akan dibatalkan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694414220_AnwarIbrahim.jpg)
RMK12: Projek yang lama lulus tetapi belum mula, akan dibatalkan - PM Anwar
Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan tetapi belum dapat dimulakan dalam tempoh masa yang munasabah.
![RMK12: Hasil kerajaan pada 2023-2025 diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion RMK12: Hasil kerajaan pada 2023-2025 diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678767330_PUTRAPERDANA.jpg)
RMK12: Hasil kerajaan pada 2023-2025 diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion
Hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion untuk baki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu dari 2023 hingga 2025.
![Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694270074_RafiziRamli.jpg)
Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.
![1.2 juta pertubuhan diliputi Banci Ekonomi 2023 - Rafizi 1.2 juta pertubuhan diliputi Banci Ekonomi 2023 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678780858_TBRAFIZI.jpg)
1.2 juta pertubuhan diliputi Banci Ekonomi 2023 - Rafizi
Sebanyak 1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023.
![Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645157377_WestportsPortKlang.jpg)
Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
![Kerajaan semak semula keutamaan projek pembangunan RMKe-12 bagi 2022 - Mustapa Kerajaan semak semula keutamaan projek pembangunan RMKe-12 bagi 2022 - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657558661_MustapaMohamed.jpg)
Kerajaan semak semula keutamaan projek pembangunan RMKe-12 bagi 2022 - Mustapa
Projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi 2022 akan dikaji semula pelaksanaannya selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF).
![RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647870076_TBTUANIBRAHIM.jpg)
RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.
![Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635673643_PengerusiMajlisPem.jpg)
Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).