KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima bandar disasarkan untuk diiktiraf sebagai pelaksana awal bandar pintar menjelang tahun 2025 iaitu dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Menurut laporan Kajian Separuh Penggal RMK12 (KSP) yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi hari ini usaha akan diambil untuk mempercepat penarafan bandar pintar berdasarkan piawaian Bandar dan Komuniti yang Mampan-Indikator Bandar Pintar (MS ISO 37122:2019).
"Usaha tersebut akan membolehkan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan menarik lebih banyak pelaburan," menurut kajian itu.
Dalam pada itu, bagi memperkukuh pembangunan ke arah Bandar Berdaya Tahan, penerimagunaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) akan diberi penekanan untuk menangani kawasan bandar yang sering dilanda banjir.
Menurut KSP, sehubungan itu perancangan guna tanah dalam rancangan struktur negeri dan rancangan tempatan akan dijajarkan dengan PISMA untuk menambah baik sistem perparitan di kawasan bandar bagi mengurangkan kejadian banjir besar.
Sementara itu, usaha akan diambil untuk menangani kesan daripada kadar perbandaran yang pesat dan perubahan iklim ke atas bandar bagi mempercepat pembangunan bandar mampan.
"Dalam tempoh akhir RMK12, penekanan akan diberi untuk memperkukuh pembangunan ke arah bandar yang berdaya tahan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat bandar. Langkah ini akan menyumbang ke arah kualiti hidup yang lebih baik di bandar sejajar dengan matlamat Agenda 2030," menurut kajian itu.
Sementara itu, bagi memanfaatkan potensi ekonomi luar bandar, tanah terbiar yang bersesuaian di kawasan itu akan dikenal pasti dan dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian moden berasaskan komuniti di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).
Menurut KSP, bantuan akan disediakan untuk kos infrastruktur, input pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal serta akan dilaksana melalui kerjasama dengan entiti yang membeli secara kontrak dan mempunyai reputasi baik.
Selain itu, KSP memaklumkan pendapatan petani luar bandar akan ditingkatkan melalui aktiviti pertanian tambahan dan berskala besar seperti penanaman durian, avokado, nanas selain benih, baja serta khidmat nasihat akan disediakan bagi menyokong aktiviti tersebut.
Menurut KSP inkubator untuk syarikat pemula akan disediakan dengan ekosistem sokongan, termasuk pementoran, kemudahan penyelidikan dan pembangunan serta peralatan perniagaan yang dikongsi bersama.
"Landskap semula jadi dan biodiversiti serta warisan budaya dan cara hidup tradisional di kawasan luar bandar juga akan dipelihara untuk menggalakkan pelancongan luar bandar. Pelaksanaan inisiatif ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan komuniti luar bandar," menurut kajian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

Usaha akan diambil untuk mempercepat penarafan bandar pintar berdasarkan piawaian Bandar dan Komuniti yang Mampan-Indikator Bandar Pintar (MS ISO 37122:2019). - Gambar hiasan
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), ia membenarkan pengendali berlesen yang layak menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.
Perbezaan prioriti negara anggota tidak jadi penghalang
Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri berkata, ASEAN akan terus menyelesaikan setiap isu melalui prinsip ASEAN Centrality, yang bermakna semua perkara akan dibincang secara terbuka dan sama rata, dan persetujuan perlu dicapai sebelum sebarang tindakan diambil.

Bekas CEO Kenaf Trading dan anak didakwa keluar iklan skim pelaburan tidak berdaftar
Jazman Shahar, 53, dan Irfan Hadi, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dan syarikat itu dibacakan di hadapan hakim.

RMK12: Lima bandar pintar menjelang 2025
Sekurang-kurangnya lima bandar disasarkan untuk diiktiraf sebagai pelaksana awal bandar pintar menjelang tahun 2025 iaitu dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

RMK12 akan dibentang sebaik Parlimen bersidang - Mustapa
Dokumen berkenaan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa membabitkan angka dan perincian lain sesuai dengan keadaan negara termasuk kesan COVID-19.