KUALA LUMPUR: Potensi ekonomi wilayah dan negeri akan terus diperkukuh bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dalam bidang khusus dengan menggalakkan penerimagunaan teknologi termaju dalam aktiviti huluan dan hiliran.
Berikutan itu, menurut laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi pada Isnin, agensi pembangunan wilayah pada peringkat Persekutuan dan negeri akan digalakkan untuk menyelaras keutamaan pembangunan dengan memanfaatkan keunikan dan sumber yang ada di setiap negeri.
"Di samping itu, penyediaan infrastruktur asas di negeri kurang membangun akan dipertingkat dan program pembangunan bakat akan dipergiat bagi memastikan peluang pembangunan yang saksama dan menambah baik keseimbangan wilayah," katanya.
Menurut laporan itu, keutamaan akan diberi untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dalam subserantau dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik.
Langkah akan dilaksanakan untuk mempergiat pembangunan wilayah di kawasan pertumbuhan yang berpotensi dan memanfaatkan kerjasama antara agensi Persekutuan dan negeri, katanya.
"Dalam hubungan ini, tumpuan akan diberikan dalam mempercepat pembangunan strategik di kawasan pertumbuhan dan menarik pelaburan berkualiti untuk melonjakkan pertumbuhan wilayah dalam tempoh akhir RMK12," katanya.
Selain itu, laporan itu menjelaskan, ekosistem perniagaan akan terus ditambah baik untuk mempermudah urusan menjalankan perniagaan dan menarik pelaburan berkualiti.
Program pembangunan bakat pula akan dipergiat untuk mengekalkan tenaga mahir bagi mengelakkan migrasi dan langkah ini akan menggalakkan aktiviti ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan wilayah yang lebih seimbang.
Agensi pembangunan wilayah pada peringkat Persekutuan dan negeri akan digalakkan untuk menyelaras keutamaan pembangunan dengan memanfaatkan kekuatan, keunikan dan ketersediaan sumber di setiap wilayah.
Usaha akan terus dilaksana untuk menggalakkan penggunaan teknologi termaju dalam aktiviti huluan dan hiliran, katanya.
Menurut laporan itu, pakej insentif juga akan ditambah baik bagi menarik pelaburan, khususnya di kawasan kurang membangun.
Selain itu, zon khas kewangan akan diwujudkan di Iskandar Malaysia bagi menarik pelabur asing dan pekerja berkemahiran untuk menetap di Malaysia, katanya.
Pihak berkuasa koridor akan terus memainkan peranan penting dalam mempercepat pelaburan di wilayah.
Berdasarkan wilayah pula, menjelang 2025, purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi wilayah utara disasarkan mencapai 6.0 peratus, tengah (5.6 peratus), selatan (5.4 peratus), timur (6.1 peratus), Sabah (4.3 peratus) dan Sarawak (5.1 peratus), kata laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Zon khas kewangan akan diwujudkan di Iskandar Malaysia bagi menarik pelabur asing dan pekerja berkemahiran untuk menetap di Malaysia. - Gambar hiasan/Iskandar Malaysia
Ketua tentera Israel letak jawatan akibat serangan Hamas
Ketua tentera Israel, Herzi Halevi, mengumumkan akan meletak jawatan pada 6 Mac sebagai tanda bertanggungjawab atas kegagalan keselamatan semasa serangan Hamas dari Gaza pada 7 Oktober 2023.
Halevi, yang dijangka berundur selepas peristiwa berdarah dalam sejarah Israel itu, menyatakan bahawa beliau akan menyelesaikan siasatan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengenai serangan tersebut dan meningkatkan kesiapsiagaan IDF menghadapi cabaran keselamatan.
Halevi, yang dijangka berundur selepas peristiwa berdarah dalam sejarah Israel itu, menyatakan bahawa beliau akan menyelesaikan siasatan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengenai serangan tersebut dan meningkatkan kesiapsiagaan IDF menghadapi cabaran keselamatan.
Jepun akan perkukuh pertahanan di Asia Timur
Jepun bertekad untuk terus memperkuatkan keupayaan pertahanannya berikutan situasi keselamatan yang semakin mencabar di Asia Timur, menurut Menteri Luar Jepun dalam satu pertemuan di Washington.
Menteri Luar Jepun, Takeshi Iwaya menegaskan bahawa Jepun tidak mempunyai pilihan selain terus meningkatkan keupayaan pertahanannya untuk menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Menteri Luar Jepun, Takeshi Iwaya menegaskan bahawa Jepun tidak mempunyai pilihan selain terus meningkatkan keupayaan pertahanannya untuk menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Penduduk DUN Paloh desak pembinaan balai bomba baru
Lebih 20,000 penduduk DUN Paloh, Kelantan, mohon kerajaan bina balai bomba untuk elak kerugian besar dalam kebakaran dan kecemasan.
PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA ketika menjalankan Op Taring Wawasan kira-kira 2.30 pagi.
Kes pukul OKU: Peguam tuntut hukuman lebih berat
Peguam Khairul Amin Abdullah gesa suspek kes pukul OKU di Chukai dituduh di bawah seksyen lebih berat demi keadilan mangsa, Ahmad Nor Al Faizan.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat pada 5.30 petang dan melalui siasatan awal mendapati terdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan.
Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P
Pengasuh bayi didakwa menganiaya hingga sebabkan kematian
Chia Muy Hoong, 61 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas tuduhan menganiaya bayi 9 bulan sehingga maut di Mersing bulan lalu.
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman dua anggota lain-lain pangkat pasukan keselamatan yang juga bertugas sebagai jurulatih.
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan trafik ketara di lebuh raya utama sempena Tahun Baharu Cina 2025, dengan 2.6 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.
Pemaju gagal siapkan projek ikut jadual akan disenarai hitam
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek di Pahang selepas lanjutan tempoh sebanyak tiga kali diberikan.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.