KUALA LUMPUR: Tambahan siling perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion bukan peruntukan yang berkonsepkan 'pinjam dan belanja' tetapi adalah hasil daripada pertumbuhan negara yang dijangka lebih baik pada 2024-2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata kerajaan juga akan melaksanakan penjimatan dalaman negara dengan mengadaptasi tatakelola yang lebih baik.
"Siling RM415 bilion telah dipersetujui setelah mengambil kira jangkaan bahawa Malaysia akan kekal dalam sasaran defisit 3.5 peratus menjelang 2025.
"Ini bermakna, kita yakin boleh berbelanja lebih, dengan peruntukan yang lebih tanpa perlu berhutang lebih," katanya pada sidang media selepas sesi pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 di Parlimen hari ini.
KSP RMK12 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau turut mengumumkan jumlah siling perbelanjaan RMK12 akan ditambah sebanyak RM15 bilion, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM415 bilion.
Rafizi berkata meskipun RM15 bilion merupakan satu jumlah tambahan, ia adalah hasil penjimatan daripada pelbagai perbelanjaan sedia ada negara yang boleh dialihkan kepada perbelanjaan pembangunan untuk tempoh dua tahun akan datang.
Katanya semasa RMK12 dibangunkan pada 2020-2021, had peruntukan ditetapkan kepada RM400 bilion tanpa mengambil kira banyak perkara yang mengesani rakyat termasuk sifar-sekolah daif, pembaikan jalan yang lebih baik dan sifar-klinik daif.
"Ini bukanlah penekanan (kerajaan) terdahulu tetapi sekarang ini, ia menjadi satu sasaran penting kepada kerajaan (Perpaduan). Sudah tentu, ini memerlukan peruntukan tambahan," katanya.
Beliau juga berkata KSP RMK12 merupakan satu pembentangan dasar yang menyeluruh yang pertama oleh kerajaan Perpaduan.
Mengenai pendapatan negara, Rafizi berkata kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelancaran Cukai Keuntungan Modal (CGT) pada 2024.
"Sudah tentu, kerajaan akan mengekalkan strategi itu (CGT) tetapi kami akan terbuka kepada apa sahaja cara yang boleh untuk mencapai kemampanan fiskal melalui asas hasil yang lebih luas, sama ada ia akan menjadi CGT, cukai barangan dan perkhidmatan atau sebarang bentuk cukai langsung atau tidak langsung.
"Saya lebih suka untuk memastikan strategi tersebut terbuka dan kami akan memutuskan berdasarkan kes demi kes dan tahun ke tahun," katanya.
RMK12 akan dijajarkan semula dengan visi Ekonomi MADANI, yang menyasarkan pemerkasaan dan merancakkan ekonomi negara untuk tempoh 10 tahun.
Sekurang-kurangnya RM90 bilion akan dibelanjakan setahun bagi tahun 2023 hingga 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menunjukkan buku Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.
RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.