Festival Royal Floria Putrajaya yang akan diadakan Mei tahun ini akan meluaskan lagi pasaran hortikultur negara ke mata dunia.
Menurut Pengarah Urusan Putrajaya Floria Sdn Bhd, Haslinda Khalid, ketika ini nilai eksport produk dari segmen berkenaan adalah RM300 juta setahun dan angka itu dijangka meningkat tahun ini.
Haslinda berkata pada tahun lalu, jualan daripada bazar sahaja mencatatkan nilai sekitar RM700 ribu ke RM800 ribu manakala tahun ini sasaran jualan adalah sebanyak RM1 juta.
"Kita memang menggalakkan peserta industri seperti penanam dan pengusaha hortikultur untuk turut serta dalam festival ini. Disini mereka dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka serta membantu meningkatkan lagi industri ini di Malaysia," tambah beliau pada sidang media Royal Floria Putrajaya di Putrajaya pada Rabu.
Haslinda turut menyuarakan keyakinan nilai pelaburan serta jualan daripada festival ini akan bertambah berdasarkan pertambahan pengunjung yang dijangka mencecah 1 juta orang tahun ini berbanding 750 ribu tahun lalu.
Festival Floria Putrajaya yang akan membuka tirai mulai 27 Mei hingga 4 Jun ini kini telah pun mencapai 30 peratus dari segi persiapan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei 2016.
Ia juga merupakan antara festival bunga dan taman terbesar di rantau Asia serta setanding dengan festival bunga antarabangsa lain seperti Pertunjukan Bunga Royal Chelsea di Britain dan Pertunjukan Bunga Melbourne di Australia.
Nurulhana Ismail
Wed Feb 03 2016
!['Royal Floria Putrajaya' luaskan sektor hortikultur negara 'Royal Floria Putrajaya' luaskan sektor hortikultur negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454486684_Floria.jpg)
Nilai eksport produk dari segmen hortikultur adalah RM300 juta setahun dan angka itu dijangka meningkat tahun ini.
![Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735374325_RusdiMohdIsa.jpg)
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
![67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan 67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738982410_TBSesimenembakPLKN.jpg)
67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI, baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai satu lagi produk tarikan pelancongan sempena musim perayaan.
![Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738979579_tbAbangJohariKuch.jpg)
Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak menunjukkan penurunan setakat pagi ini.
!['Royal Floria Putrajaya' luaskan sektor hortikultur negara 'Royal Floria Putrajaya' luaskan sektor hortikultur negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454486684_Floria.jpg)
'Royal Floria Putrajaya' luaskan sektor hortikultur negara
Festival Royal Floria Putrajaya yang akan diadakan Mei tahun ini akan meluaskan lagi pasaran hortikultur negara ke mata dunia.