SEPANG: Brahim's Holdings Berhad (BHB) menolak dakwaan `kontrak legasi' yang mengaitkan syarikat itu memperoleh MAS Catering pada 2003 kononnya disebabkan hubungan Datuk Seri Ibrahim Abdullah dengan abangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.
"Sebenarnya rundingan mengambil alih MAS Catering bermula tujuh, lapan bulan sebelum itu di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjadi Perdana Menteri.
"Secara kebetulan, sebulan sebelum urus niaga ini dimuktamadkan, abang saya dilantik menjadi perdana menteri. Tetapi mengaitkannya sebagai `kontrak legasi' adalah tidak betul," kata beliau yang juga Pengerusi Eksekutif BHB pada sidang media di Brahim's Food Services, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BHB, Mohd Fadhli Abdul Rahman.
Mengakui `kesilapan' kerana tidak menangani tuduhan tersebut pada 2003, Ibrahim berkata, tuduhan sedemikian berulang lagi sekarang di tengah-tengah isu penamatan kontrak penyajian syarikat itu dengan Malaysia Airlines.
"Apa yang layak dikata `kontrak legasi'? Kontrak asal memang betul selama 25 tahun iaitu dari 2003, sepatutnya sehingga 2028. Tetapi pada 2015 kontrak itu ditamatkan hanya selepas 12 tahun perjalanan kontrak.
"Kemudian Malaysia Airlines Berhad hanya memberi kontrak tambahan lima tahun bagi tahun 2015 ke tahun 2020 dan seterusnya sepatutnya ke tahun 2025.
"Malah dari tahun 2015 hingga 2022, harga tidak berubah. Dan pada Januari 2023, barulah kami mengemukakan permintaan supaya harga dirombak iaitu naik 25% makanan dan kos pengendalian 30%, bukan 80% seperti diuar-uarkan," kata beliau.
Ibrahim berkata, pada September 2003 semasa Brahim's mengambil alih MAS Catering, syarikat itu mempunyai kerugian sebanyak RM240 juta di dalam penyata perakaunan syarikat dan banyak masalah. Ini dikesan semasa mula memasuki MAS Catering.
"Kos yang kami kena bayar untuk ambil alih MAS Catering ialah RM170 juta. Saya pada mulanya tidak sanggup. Namun saya ditawarkan pilihan supaya kontrak tersebut dibuat selama 25 tahun, agar struktur pinjaman boleh diluluskan oleh pihak bank.
"Pada 2013 kita berjaya menghapuskan RM240 juta kerugian terkumpul sebelum ini kerana setiap tahun kita merekodkan keuntungan.
"Pada 2014 Malaysia Airlines ditimpa musibah MH370 dan MH17. Bencana itu mengakibatkan penerbangan Malaysia Airlines merudum dan merana yang mana kita turut terkesan kerugian.
"Susulan itu, Parlimen bersama Khazanah Nasional Berhad mengemukakan satu usul yang dinamakan Pelan Penyusunan Semula MAS pada 2014 dan Akta Penerbangan Malaysia Berhad (Pentadbiran) 2015. Akta ataupun tindakan ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia Airlines sekali lagi. Di sinilah bermulanya kisah hitam kita apabila kontrak asal selama 25 tahun dibatalkan. Perjanjian katering dibatalkan.
"Bermakna tempoh 2003 hingga 2015 baru sahaja 12 tahun berlalu termeterainya perjanjian 25 tahun kontrak sebelum ini namun sudah pun dibatalkan.
"Jadi ini bermakna kita secara langsung sebenarnya tiada pun melalui kontrak 25 tahun sebab baru 12 tahun sudah dibatalkan tanpa ada sebarang pampasan.
"Masih berbaki 13 tahun tiada sebarang pampasan atau bayaran balik untuk baki tahun kontrak berkenaan. Itu perkara pertama yang terjadi kepada Brahim's.
"Malaysia Airlines masih berhutang dengan kita sekurang-kurangnya RM75 juta dan hutang itu terhapus begitu sahaja kerana syarikat Malaysia Airlines System sudah tiada, kalau nak tuntut hutang kena tuntut daripada MAS namun sekarang MAB," jelas Ibrahim.
"Inilah antara punca Brahim's terjerumus ke dalam status PN17," kata beliau.
Brahim's Food Services (BFS) pada masa ini menghasilkan kira-kira 12,000 hidangan sehari selepas Malaysia Airlines tidak lagi menjadi pelanggan sejak 1 September 2023.
BFS, yang mempunyai dapur katering dalam penerbangan terbesar di negara ini, mempunyai kapasiti maksimum untuk menghasilkan kira-kira 70,000 hidangan sehari.
"Sebelum COVID-19, kami menghasilkan kira-kira 53,000 hidangan sehari," kata Ibrahim.
Beliau berkata, apa yang berlaku sekarang terhadap Malaysia Airlines amat menyedihkan, malah menjejaskan imej negara di mata pelancong. - DagangNews
Dagang News
Fri Sep 08 2023

Datuk Seri Ibrahim Abdullah dan Mohd Fadhli Abdul Rahman pada sidang media di KLIA, Sepang hari ini. - Gambar/ DagangNews
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Brahim's sedia makanan halal untuk 35 syarikat penerbangan antarabangsa
Brahim's Food Services Sdn Bhd kini menyediakan perkhidmatan makanan halal dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa termasuk tujuh syarikat penerbangan terkemuka dunia.

Brahim's sah runding lepaskan 70% ekuiti, termasuk dengan entiti asing selain Malaysia Airlines
Datuk Seri Ibrahim Abdullah mengesahkan pihaknya sedang dalam perbincangan untuk melepaskan 70 peratus ekuiti di dalam Brahim's Food Services (BFS).

'Rundingan ambil alih MAS Catering sudah bermula awal 2003, tiada kaitan Pak Lah jadi PM' - Ibrahim
Brahim's Holdings Berhad menolak dakwaan kontrak legasi' yang mengaitkan syarikat itu memperoleh MAS Catering pada 2003 kononnya disebabkan hubungan Ibrahim dengan abangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saham Brahim's dinyahsenarai dari Bursa Malaysia 3 Jun 2022
Sekuriti kumpulan itu yang kini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd mungkin kekal didepositkan.

Brahim's kemuka rayuan terhadap nyahsenarai sekuriti
Pada 8 April Bursa Securities menolak permohonan lanjutan masa oleh BHB untuk menyerahkan pelan penyusunan PN17 dan mematuhi peraturan penyenaraian.

Brahim's tandatangani kontrak penyedia makanan ETS hujung bulan ini
Brahims SATS Food Services Sdn Bhd (BSFS) akan menjadi penyedia makanan buat perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tidak lama lagi, menurut Ketua Pegawai Eksekutif BSFS, Ainul Hasnizam Abu Hassan.

Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan
Perbincangan berterusan antara Brahim's Holdings Bhd dan Tabung Haji (TH) dijangka tidak dapat dimuktamadkan tahun ini.

Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan
Perbincangan berterusan antara Brahim's Holdings Bhd dan Tabung Haji (TH) dijangka tidak dapat dimuktamadkan tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif Brahim's Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi.

Peranan Brahim's selamatkan MAS 11 tahun lalu
Pembekal makanan dalam penerbangan, Brahim's Holdings Bhd, memain peranan kecil namun penting, dalam usaha menyelamatkan kedudukan kewangan Malaysia Airlines 11 tahun lepas.