Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada prinsipnya, kesemua 12 negara yang terlibat dalam Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bersetuju agar rundingan pusingan terakhir dapat dilaksanakan pada awal tahun depan.
Para pemimpin dari 12 negara yang terlibat dalam rundingan TPP yang mengadakan mesyuarat di luar acara Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hari ini, bagaimanapun turut bersetuju bahawa ia juga bergantung kepada beberapa perkara.
Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
"Saya sebutkan kepada mereka yang kita mempunyai beberapa bidang yang begitu sensitif dan dekat dengan dasar kita terutamanya dasar dalaman.
"Ini terutama sekali dalam soal agenda Bumiputera, syarikat milik kerajaan dan kita mahu supaya negara-negara TPP memberi memberi kelonggaran untuk membolehkan kehendak Malaysia diambil kira," kata Najib kepada media Malaysia di sini.
Negara yang berunding dalam TPP ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Perdana Menteri berkata, sekiranya ini dapat dilakukan, mungkin apa yang Malaysia tuntut selama ini iaitu mengikut kehendak sendiri dapat dicapai.
"Tempoh agak begitu ketat tetapi kita cuba, kalau tak dapat, kita tengoklah perkembangan selanjutnya.
"Saya menjangkakan rundingan ini akan begitu menekankan rundingan yang intensif yang perlu dilakukan dalam beberapa bulan akan datang ini," katanya.
Najib berkata Malaysia komited terhadap apa yang akan dilakukan perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Rakyat.
Mengenai Majlis Penasihat Perniagaan Apec (ABAC), Najib berkata perbincangan bertumpukan kepada liberalisasi perdagangan, Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pemerkasaan wanita, pembangunan prasarana dan kewangan serta Forum Kewangan Asia Pasifik (APFF).
"Saya membangkitkan dua bidang yang berpotensi di mana Malaysia boleh memberi sokongan kepada APFF iaitu melalui pasaran modal, perkongsian awam swasta dan penerbitan sukuk," kata beliau.
Perdana Menteri turut berkongsi insiatif Malaysia dalam memudahkan pembiayaan bagi PKS selain pembiayaan bank konvensional seperti melalui pembiayaan mikro modal teroka dan skim kerajaan.
Selain itu, turut dibangkitkan ialah langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk memperkasa wanita dalam ekonomi melalui peningkatan penyertaan mereka dalam membuat keputusan, menambah akses mereka kepada modal serta meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka.
Bernama
Tue Nov 11 2014
Najib berkata Malaysia komited terhadap apa yang akan dilakukan perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Rakyat. -Gambar fail
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan
Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.