KUALA LUMPUR: S&P Global Ratings menyemak semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’ berikutan ia percaya negara berada pada landasan pemulihan ekonomi yang kukuh berbanding negara lain pada tahap pendapatan yang sama, kata Menteri Kewangan Tengku
Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, merujuk kepada laporan terkini agensi penarafan global itu mengenai Malaysia.
S&P turut mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang 6.1 peratus pada tahun ini dan 5.0 peratus pada 2023 disokong oleh eksport yang kukuh, harga komoditi dan permintaan domestik yang tinggi berikutan pembukaan semula ekonomi.
Sebagai respons kepada unjuran KDNK sebanyak 6.1 peratus oleh S&P, Tengku Zafrul berkata ia sejajar dengan jangkaan kerajaan untuk pertumbuhan lebih tinggi pada suku tahun berikutnya dan sejajar dengan anggaran rasmi Bank Negara Malaysia yang lebih tinggi iaitu 5.3 peratus-6.3 peratus.
Pada masa sama, S&P turut mengekalkan penarafan kredit berdaulat mata wang asing 'A-’ jangka panjang dan 'A-2' jangka pendek serta penarafan mata wang tempatan ‘A’ jangka panjang dan ‘A-1’ jangka pendek Malaysia.
“Prospek stabil itu mencerminkan jangkaan kami bahawa momentum pertumbuhan Malaysia yang stabil dan kedudukan luaran yang kukuh akan kekal dalam tempoh dua tahun akan datang.
“Pada masa sama, kami menjangka persekitaran penggubalan dasar akan menyokong dalam memulihkan penetapan fiskal kepada kedudukan yang lebih kukuh,” menurut agensi penarafan itu dalam kenyataan.
S&P menyatakan pihaknya mungkin menaikkan penarafan ke atas Malaysia jika hasil fiskal mengatasi unjurannya.
“Ini akan dapat dilihat daripada stok hutang bersih yang merosot di bawah 60 peratus daripada KDNK atau pembayaran faedah kurang daripada 10 peratus daripada hasil kerajaan am,” katanya.
Mengenai perkara ini, Tengku Zafrul berkata kerajaan kekal komited sepenuhnya terhadap penyatuan fiskal dan memastikan kemampanan fiskal.
Disokong oleh pelaksanaan Strategi Hasil Jangka Sederhana secara berperingkat, bertujuan untuk meningkatkan asas hasil negara, kerajaan akan meneruskan landasan penyatuannya secara berperingkat dan strategik berikutan pemulihan menjadi lebih kukuh.
Ini akan mengimbangi keperluan fiskal jangka pendek dengan kemampanan fiskal dan ekonomi jangka panjang.
Antara usaha utama ke arah ini ialah cadangan penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal pada akhir 2022.
Bagaimanapun, S&P berkata Malaysia dijangka menyaksikan penarafannya diturunkan jika pertumbuhan ekonomi mencatatkan kemerosotan yang berpanjangan yang mengurangkan trend pertumbuhan dalam KDNK sebenar per kapita kepada paras sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang setara.
“Tekanan penarafan penurunan juga boleh meningkat jika kestabilan politik di Malaysia merosot dan penggubalan dasar menjadi kurang dapat dijangka dengan ketara,” menurut S&P.
Bernama
Mon Jun 27 2022

Tengku Zafrul berkata kerajaan kekal komited sepenuhnya terhadap penyatuan fiskal dan memastikan kemampanan fiskal. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam
Kejayaan memeterai FTA pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota GCC itu akan membuka ruang untuk perjanjian yang sama dengan negara anggota GCC yang lain dan GCC sendiri.

MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.

Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.

Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul
Hanya 1.6 peratus daripada projek-projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 masih belum dilaksanakan, kata Tengku Zafrul.

'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.

UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.