KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun ketika membentangkan belanjawan bertemakan 'Sabah Teguh, Rakyat Terbela' itu berkata sebanyak RM4.751 bilion diperuntukkan untuk membiayai perbelanjaan mengurus, dan RM950 juta untuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.
"Belanjawan ini dirangka khusus demi membela kesejahteraan hidup rakyat melalui pelaksanaan program pembangunan berterusan. Saya ingin menekankan di sini bahawa kerajaan negeri sentiasakomited untuk menyediakan belanjawan yang holistik dan inklusif," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri mengunjurkan hasil sebanyak RM5.737 bilion dengan RM2.636 bilion disumbangkan menerusi hasil cukai, hasil bukan cukai termasuk royalti petroleum (RM2.372 billion), dan terimaan bukan hasil (RM729.10 juta).
"Tahun 2024 hasil negeri dijangka mengalami penurunan disebabkan situasi geopolitik dan ekonomi tidak menentu memberi kesan kepada harga komoditi petroleum mentah dan minyak sawit mentah di pasaran global. Justeru, kerajaan negeri mengambil pendekatan separa konservatif dalam anggaran hasil agar kedudukan kewangan kekal kukuh," katanya.
Masidi berkata sebanyak RM1.328 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, dengan jumlah sebanyak RM847.23 juta adalah melalui peruntukan negeri, dan RM480.46 juta melalui pinjaman persekutuan serta bayaran balik persekutuan.
Beliau berkata daripada peruntukan negeri itu sebanyak RM555.6 juta atau 65.58 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, sektor sosial sebanyak RM272.99 juta atau 32.22 peratus, manakala sektor pentadbiran am sebanyak RM18.64 juta atau 2.2 peratus.
Peruntukan berjumlah RM808.06 juta dicadangkan untuk perbelanjaan emolumen membiayai gaji penjawat awam negeri, perbelanjaan berulang RM2.203 bilion antara lain bagi Biasiswa Kerajaan Sabah serta bantuan sosial, dan perbelanjaan khas RM1.74 bilion antaranya menangani isu keterjaminan makanan dan infrastruktur awam, katanya.
Sementara itu, Masidi berkata kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk penjawat awam sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.
"Bayaran Khas Kewangan ini akan dibayar secara dua kali iaitu RM1,000 dibayar pada bulan Januari 2024 dan RM1,000 lagi dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024," katanya.
Beliau berharap insentif tersebut akan memberi suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk terus berusaha dengan lebih gigih demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya kemudian menangguhkan persidangan itu dan akan bersambung pada Isnin ini, 27 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023

Masidi berkata kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk penjawat awam sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian. - Gambar fail/Bernama

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

DUN Sabah luluskan Belanjawan Negeri 2025
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan Sabah 2025) selepas sesi perbahasan dan penggulungan sejak Isnin lepas.

Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.

Sabah bentang Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion
Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

GRS tanding semua 73 kerusi DUN Sabah, pandangan peribadi SAPP - Gagasan Rakyat
Nizam berkata Gagasan Rakyat menghormati pandangan tersebut, bagaimanapun, ia tidak melambangkan pandangan GRS secara kolektif.

DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Lulus pindaan berkaitan antilompat parti demi rakyat - Hajiji
Menurut Hajiji, pindaan Perlembagaan yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu.

DUN Sabah: Hajiji bentang RUU Anti Lompat Parti
Hajiji berkata, kerajaan memandang serius serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.

DUN Sabah: Isu bekalan air, elektrik dominasi sesi perbahasan
Isu bekalan air dan elektrik yang melanda Sabah mendominasi sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin/

DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan