Saham DRB-Hicom Bhd diniagakan rendah pagi ini selepas anak syarikatnya Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) disahkan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 9.44 pagi, sahamnya jatuh enam sen atau tiga peratus kepada RM1.95.
Deftech, yang merupakan syarikat 100 peratus milik DRB-HICOM, antara lain membuat, memasang dan membekalkan kenderaan tentera dan komersial.
Susulan penyiasatan itu, AmBank Research hari ini menurunkan gred DRB-Hicom kepada "underweight" daripada "hold" dengan nilai adil lebih rendah pada RM1.74, berdasarkan kadar diskaun lebih tinggi sebanyak 30 peratus berdasarkan kaedah penilaian jumlah bahagian daripada 20 peratus sebelumnya.
Penurunan gred itu disebabkan wujud potensi sentimen negatif yang timbul daripada penahanan eksekutif kumpulan itu oleh SPRM dan ketidakpastian dengan keupayaan kumpulan untuk mendapatkan kontrak kerajaan di masa depan.
Semalam, SPRM menahan ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai kewangan syarikat itu kerana disyaki terbabit rasuah berkaitan projek pembekalan peralatan kenderaan tentera bernilai RM17 juta.
Kedua-duanya disyaki menerima rasuah berjumlah ratusan ribu daripada beberapa syarikat bagi pembekalan peralatan untuk kereta perisai AV8 dan Adnan antara 2015 dan 2017.
MACC turut merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 dan dokumen berkaitan projek itu.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM.
Bernama
Tue May 14 2019

Saham DRB-Hicom diniagakan rendah pagi ini selepas anak syarikatnya Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) disahkan sedang disiasat SPRM. -Gambar fail

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

India gesa China hadkan semua aktiviti
Kementerian Luar India menggesa China untuk mengehadkan semua aktivitinya kepada kawasan dalam garisan kawalan sebenar atau LAC China.