KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan Dana Wawasan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang diterajui syarikat berkaitan kerajaan dengan pembiayaan awal sebanyak RM1 bilion.
Presiden SAMENTA, Datuk William Ng berkata, dana itu boleh digunakan untuk melabur dalam tawaran awam permulaan (IPO) baharu dengan saiz tiket RM50,000 sehingga RM1 juta setiap syarikat berdasarkan kriteria yang diputuskan oleh pengurus dana.
"Ini akan memberi keyakinan kepada PKS untuk disenaraikan kerana ia mampu membantu penilaian harga saham syarikat, sambil memberi peluang kepada rakan kongsi dana yang mengambil bahagian untuk memanfaatkan sektor PKS," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan pelancaran Pelan Hala Tuju 5 Tahun untuk Akses PMKS ke Pasaran Modal, yang diumumkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam.
Ng berkata, SAMENTA mengalu-alukan pelan hala tuju itu yang akan membantu Malaysia mencapai sasaran pelan hala tuju untuk mempunyai PKS dan syarikat peringkat pertengahan yang mampu menjana RM40 bilion melalui pasaran modal menjelang 2028 (daripada RM6.3 bilion pada 2023).
Menurutnya, banyak PKS mendapati bahawa pembiayaan tradisional memakan masa, dari segi permohonan, proses kelulusan dan pengeluaran dana.
"Dengan mempopularkan dan memperkasakan pendanaan awam ekuiti, PKS akan mempunyai pilihan untuk mendapatkan pembiayaan modal kerja pada jangka masa yang lebih singkat dan pantas," katanya.
Beliau berkata, SAMENTA juga mengalu-alukan komitmen SC untuk meningkatkan kecairan dan harga pasaran saham bagi PKS yang tersenarai, terutamanya dalam pasaran LEAP.
"Saham yang kurang didagangkan dan harga saham yang rendah merupakan halangan utama bagi PKS yang menimbang untuk disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024

Ng berkata, SAMENTA mengalu-alukan Pelan Hala Tuju 5 Tahun untuk Akses PMKS ke Pasaran Modal yang akan membantu Malaysia mencapai sasaran untuk mempunyai PMKS yang mampu menjana RM40 bilion melalui pasaran modal menjelang 2028. - Foto BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Kerajaan, sektor perniagaan perlu bekerjasama tingkatkan daya saing
Kerajaan dan sektor perniagaan perlu bekerjasama sebagai 'Team Malaysia' untuk meningkatkan daya saing negara, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).

SAMENTA cadang kerajaan tubuh Dana Wawasan RM1 bilion untuk rangsang sektor PKS
Dana itu boleh digunakan untuk melabur dalam IPO baharu dengan saiz tiket RM50,000 sehingga RM1 juta setiap syarikat.

SAMENTA gesa kerajaan benarkan graduan asing bekerja, atasi isu kekurangan tenaga
Ini memandangkan bilangan penuntut asing dalam pengajian kejuruteraan dan teknikal adalah kurang daripada 20,000 orang.

SAMENTA gesa kerajaan tubuh pasukan petugas atasi cabaran masa depan pekerjaan
Datuk William Ng berkata, pasaran kerja secara ketara telah diganggu oleh pandemik COVID-19 dan teknologi baharu.

5 cadangan Samenta demi kelangsungan PKS dalam fasa pemulihan
William meminta agar kerajaan segera mengisytiharkan peralihan ke fasa endemik untuk membolehkan rakyat dan perniagaan menyambung semula kehidupan mereka secara normal.

PKS kian terdesak akibat kenaikan kos, pemulihan sukar - SAMENTA
PKS sedang menghadapi beberapa cabaran termasuk peningkatan kos yang mendadak selain kekurangan tenaga pekerja.

PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir
PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir | Dagang News

PKS harap SST diturunkan ke 4% dalam Bajet 2022, GST diperkenalkan semula 2023
Walaupun keyakinan pengguna penting, keyakinan pelabur (termasuk pelabur domestik) juga sama pentingnya.

Kabinet baharu diminta fokus kepada perniagaan, bukan sekadar pengguna
Datuk William Ng berkata, pandemik COVID-19 telah menimbulkan masalah pengaliran tunai yang teruk bagi PKS.

MEF, SAMENTA setuju lanjutan PKP 3.0 perlu, harap langkah-langkah lebih efektif
Meskipun ia satu keperluan, kerajaan juga perlu memastikan langkah-langkah berkesan disediakan untuk menyokong majikan yang terkesan.