Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, 'Samsung Pay' di Malaysia hari ini, melalui kerjasama strategik dengan bank dan peniaga dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai kepada pelanggannya.
Naib Presiden Unit Perniagaan Teknologi Maklumat dan Mudah Alihnya, Lee Jui Siang, berkata rakan kongsinya adalah termasuk Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, Citibank Bhd, Standard Chartered Bank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd.
"Kami optimis melihat minat pengguna yang kukuh dan kesediaan untuk menggunakan pembayaran mudah alih di Malaysia, dengan kemudahan Samsung Pay yang selamat dan mesra pengguna," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Samsung Pay di sini hari ini.
Beliau berkata pelancaran perkhidmatan ini sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia untuk melihat peralihan negara kepada masyarakat tanpa tunai, melalui penggunaan e-bayaran.
"Perkhidmatan Samsung Pay amat sesuai untuk negara kerana Malaysia mempunyai strategi e-bayaran kebangsaan dengan matlamat utama menjadi masyarakat tanpa tunai," kata Lee.
Lee berkata sejak diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Korea Selatan dua tahun lepas, Lee berkata, perkhidmatan itu juga boleh didapati di Singapura, Australia, Thailand, Sepanyol, China, Puerto Rico dan Brazil.
Samsung Electronics turut bekerjasama dengan syarikat kad kesetiaan tempatan seperti B Infinite, BonusLink dan Sunway Pals, yang menawarkan peluang kepada ahlinya untuk mengutip mata di kedai-kedai rakan kongsinya, yang boleh ditebus untuk tujuan pembelian, katanya.
Dalam jangka masa panjang, Lee berkata, syarikat gergasi teknologi Korea Selatan itu merancang untuk menukar Samsung Pay daripada perkhidmatan pembayaran mudah alih kepada "mobile wallet".
Di Malaysia, Samsung Pay boleh didapati bagi pengguna model Samsung Galaxy S7 dan S7 edge, S6 edge+, Note5, Galaxy A5 dan A7.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, 'Samsung Pay' di Malaysia hari ini. - Gambar fail

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

CIMB Bank, CIMB Islamic kecualikan yuran untuk urus niaga Tabung Haji
Pengecualian ini adalah selaras dengan arahan dari TH dan konsisten dengan inisiatif industri dan kerajaan semasa tempoh PKP.

Samsung perkenal perkhidmatan 'Samsung Pay'
Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, 'Samsung Pay' di Malaysia hari ini.

CIMB peroleh lesen operasi di Vietnam, cawangan pertama pada akhir tahun
CIMB Bank Bhd mendapat lesen operasi daripada State Bank of Vietnam untuk menubuhkan dan mengendalikan sebuah anak syarikat 100 peratus miliknya di Vietnam.