KUALA LUMPUR: Segmen perniagaan penggerudian serta kejuruteraan dan pembinaan Sapura Energy Bhd, melalui anak-anak syarikat milik penuh dan usaha samanya, memperoleh enam kontrak utama di rantau Asia-Pasifik dan Atlantik, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.7 bilion.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sapura Energy menjelaskan RM176 juta daripada nilai itu disumbangkan oleh syarikat usaha samanya.
Ia menambah, segmen perniagaan penggerudiannya terus memperoleh kontrak baharu dalam situasi pasaran semasa dan segmen itu dijangka meningkatkan kadar penggunaan asetnya daripada lapan pelantar yang kini beroperasi kepada 11 pelantar menjelang akhir tahun kewangan 2023.
"Sapura Drilling Asia Ltd menunjukkan kemampuannya untuk melaksanakan janji di Thailand apabila ia diberikan tiga kontrak jangka panjang baharu bagi pelantar penggerudian bantuan tender (TAD) luar pesisir iaitu Sapura T-10, Sapura T-11 dan Sapura T-12 oleh PTTEP Energy Development Company Ltd," tambahnya.
Menurut Sapura Energy, kontrak baharu daripada PTTEP ini akan bermula pada suku ketiga tahun kalendar 2022.
"Sapura Drilling juga memperoleh kontrak bagi kempen penggerudian baharu luar pesisir Malaysia," tambahnya.
Bagi segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan, Sapura Energy menjelaskan, pihaknya telah memperkukuh kehadiran di rantau Atlantik dengan kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pemasangan (EPCI) umbilikal, penaik dan jalur aliran (SURF) bawah laut.
Kontrak itu diberikan oleh Enauta Energia SA kepada Sapura Energy Do Brasil (SEDB) dan rakan kongsi konsortiumnya, Sapura Navegacao Maritima SA (SNM), jelasnya.
Pemberian kontrak EPCI SURF itu bagi pembangunan medan penuh Atlanta di Lembangan Santos yang terletak di luar pesisir Brazil, menurutnya.
Ia menambah, skop kontrak termasuk kerja pembekalan kapal sokongan pemasangan paip, pemasangan pancarongga bawah laut baharu, pam bawah laut, fleksibel, pelompat dan umbilikal untuk tiga telaga baharu dan menamatkan sistem pengeluaran awal sedia ada.
"Kontrak itu telah bermula pada suku pertama 2022 untuk tempoh 33 bulan dan dijangka merealisasikan minyak pertama pada 2024," jelas Sapura Energy.
Selain itu, ia memaklumkan, segmen kejuruteraan dan pembinaan kumpulan turut diberikan kontrak pengangkutan dan pemasangan oleh Hess Exploration And Production Malaysia BV, melalui anak syarikatnya, Sapura Offshore Sdn Bhd.
"Skop kontrak kerja itu termasuk pengangkutan dan pemasangan saluran paip sepanjang 51 kilometer, tiga platform kepala telaga, dua saluran paip fleksibel dan kemudahan bawah laut dalam pembangunan Lembangan Melayu Utara," tambahnya.
Sapura Energy menjelaskan, kontrak selama lapan bulan tidak termasuk tempoh jaminan itu telah bermula pada suku kedua 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Sapura Energy memperoleh enam kontrak utama di rantau Asia-Pasifik dan Atlantik, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.7 bilion. -Gambar fail/Sapura Energy Berhad
Kerajaan tegas tangani jenayah dalam talian menerusi penguatkuasaan pindaan Akta 588 - Fahmi
Aktiviti jenayah dalam talian dan penipuan mampu dibendung menerusi penguatkuasaan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588).
IShowSpeed 'bersara awal' daripada WWE
Pempengaruh terkenal YouTube, IShowSpeed, berkongsikan rasa kesalnya dan dia turut menjelaskan untuk tidak akan menyertai pentas WWE lagi pada masa akan datang.
Anwar, Thaksin bincang bawa asean maju ke depan
Perbincangan turut menyentuh mengenai hubugan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan China, di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.
Jerebu teruk jejas operasi Lapangan Terbang Don Mueang, Thailand
Laman sesawang Kualiti Udara Bangkok yang dikendalikan oleh Pentadbiran Metropolitan Bangkok, melaporkan pada pagi semalam bahawa jerebu di beberapa kawasan di Bangkok direkodkan pada tahap PM2.5.
ACCCIM gesa kerajaan sedia skim kredit eksport, turun duti import
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan untuk menyediakan skim kredit eksport dan menurunkan duti import.
Program Makanan Sedunia: Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar
Dengan kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke utara Gaza, WFP sedang berusaha untuk menambah lebih banyak pusat pengagihan.
Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
30 pegawai imigresen di lapangan terbang Jakarta dipecat
30 pegawai imigresen telah dipecat susulan dakwaan pemerasan yang mensasarkan pelawat dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, mencerminkan tekanan jualan yang berlaku di seluruh rantau ini.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.48 mata atau 0.89 peratus kepada 1,622.07 daripada paras penutup 1,636.55 pada Jumaat minggu lepas.
Sapura Energy terima kelulusan mahkamah bagi penstrukturan semula hutang
Perintah sekatan itu akan membantu syarikat skim untuk terlibat dengan pemiutang tanpa diganggu ancaman litigasi.
Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City
Susulan Pengisytiharan oleh mahkamah Mexico itu, Victor Hugo de la Cruz Caballero dilantik sebagai pelikuidasi berkuat kuasa 29 Feb 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah, sentimen berhati-hati walaupun prestasi Wall Street lebih baik
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.99 mata, atau 0.34 peratus kepada 1,435.12 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu.
Keuntungan bersih Sapura Energy meningkat kepada RM146.09 juta pada suku pertama
Ia meningkat 58 peratus kepada RM146.09 juta daripada RM91.93 juta pada suku yang sama bagi tahun kewangan sebelumnya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mei 2023.
Petronas nafi spekulasi penggabungan Sapura Energy, MHB
Sebarang pertimbangan berkaitan pelaburan atau penjualan dalam kumpulan Petronas adalah sentiasa dan akan terus berpandukan kepada kelulusan di peringkat Lembaga Pengarah.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.49 mata kepada 1,403.47 daripada 1,402.98 pada penutup Jumaat.