SIBU: Sarawak akan berkongsi pengalamannya dengan beberapa negara berhubung usaha menerokai ekonomi bentuk baharu dengan matlamat utama membawa negeri itu ke arah pembangunan ekonomi yang pesat.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan berucap di Singapura minggu depan sebelum ke Rotterdam, Belanda pada awal bulan Mei.
Bagaimanapun, Abang Johari tidak menjelaskan secara terperinci mengenai acara di mana beliau akan berucap.
"Sekarang negara lain mengenali usaha Sarawak dan menjemput saya untuk berkongsi serba sedikit pengalaman yang ada dengan mereka sambil meneroka peluang perkongsian," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Nuzul Al-Quran peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Masjid An-Nur di sini malam tadi.
Abang Johari berkata Sarawak, seperti negara lain yang sudah maju, harus menggunakan teknologi untuk meletakkan ekonominya pada tahap tertinggi berdasarkan bidang keilmuan masa kini.
Beliau berkata Sarawak juga melihat usaha dunia untuk mengurangkan pemanasan global sebagai satu peluang yang tidak wujud sebelum ini dan kemudian melahirkan perlumbaan dunia ke arah ekonomi berteraskan bahan bakar yang kurang kandungan karbon.
"Sekiranya tidak mengorak langkah awal dari sekarang, Sarawak akan ketinggalan namun Sarawak telah memulakan langkah awal pada 2017 sebaik sahaja saya mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri Abang Johari iaitu Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang, beberapa menteri dan timbalan menteri Kabinet Sarawak, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan berucap di Singapura minggu depan sebelum ke Rotterdam, Belanda pada awal bulan Mei. - Foto fail/BERNAMA
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Pembebasan tebusan: ‘kezaliman yang tidak terbayangkan’ – Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengkritik kaedah pembebasan tujuh tawanan warga Israel di Khan Younis Gaza.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Dasar pendidikan Sarawak tidak bezakan kaum - Abang Johari
Apa yang penting adalah menyediakan anak-anak Sarawak dengan pendidikan terbaik, tanpa mengambil kira sekolah Cina, awam atau antarabangsa.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Bantu tiga daerah termiskin antara fokus KKDW bantu Sabah - Ahmad Zahid
Pihak Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah menyuarakan saranan, supaya KKDW dapat membantu tiga daerah itu.
Sarawak akan kongsi pengalaman terokai ekonomi baharu
Sarawak akan berkongsi pengalamannya dengan beberapa negara berhubung usaha menerokai ekonomi bentuk baharu dengan matlamat utama membawa negeri itu ke arah pembangunan ekonomi yang pesat.
Keusahawanan digital mampu ubah Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan
Kerajaan mahu ekonomi maju itu bersifat inklusif dan mampan, di samping dapat memperkasakan semua peringkat masyarakat.