KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menyediakan Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (Taksonomi SRI) seterusnya yang dikeluarkan pada Disember tahun lepas.
Pengerusi SC Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata langkah itu akan memberikan panduan yang lebih jelas kepada industri.
Taksonomi SRI menyediakan prinsip panduan umum mengenai klasifikasi aktiviti ekonomi untuk menyokong pelaburan yang mampan.
"Apabila pelaburan mampan terus berkembang, sistem klasifikasi lebih sistematik juga diperlukan untuk memudahkan perbandingan dan penjajaran mereka dengan matlamat alam sekitar, sosial dan kemampanan," katanya dalam ucapannya pada persidangan Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) 'Journey to Zero' 2023.
Awang Adek berkata memandangkan ikrar mitigasi perubahan iklim global gagal mencatatkan sebarang pencapaian ketara, dunia perlu mula mengubah komitmen kepada tindakan untuk mendapatkan hasil.
Di Malaysia, beliau berkata kerajaan menggunakan pendekatan melibatkan seluruh masyarakat (whole of nation) untuk menangani kesan perubahan iklim terhadap kemampanan ekonomi melalui pelan hala tuju dan pelan induk.
Untuk menyokong keutamaan negara, sektor kewangan harus bersedia untuk menyumbang kepada negara dalam usaha mencapai matlamat kemampanan dan iklimnya.
"Untuk merealisasikan peralihan tenaga sahaja, kita memerlukan RM1.3 trilion mulai sekarang hingga tahun 2050," katanya.
Awang Adek berkata SC juga telah membuka jalan untuk kemampanan mulai 2011 apabila SRI dimasukkan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2 (CMP2).
Ia diikuti dengan pengenalan Rangka Kerja Sukuk SRI pada 2014 manakala Rangka Kerja Sukuk berkaitan SRI yang dilancarkan tahun lepas membolehkan perniagaan memanfaatkan tujuan peralihan dan bukan hanya untuk mereka yang mencari pembiayaan hijau dan projek kemampanan.
Setakat ini, Sukuk SRI bernilai RM21 bilion telah diterbitkan dengan lebih 20 peratus dinaikkan untuk membiayai projek tenaga boleh diperbaharui (RE).
Untuk pembiayaan berskala lebih kecil, platform pendanaan awam ekuiti (ECF) dan pinjaman rakan setara (P2P) telah membantu PKS mendapat kumpulan pelabur baharu.
"Saluran ini juga lebih murah, pantas dan mudah. Setakat Jun, lebih 9,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) telah memperoleh lebih RM5.4 bilion melalui pembiayaan ECF dan P2P dengan sebahagiannya melibatkan projek hijau," katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa penggiat industri pasaran modal di Malaysia untuk merebut peluang daripada pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan di Malaysia dan ASEAN serta meningkatkan usaha mereka dalam menjalankan aktiviti kewangan mampan.
Minggu lepas, Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) di Bali, Indonesia meluluskan Panduan Kewangan Peralihan ASEAN serta laporan awal mengenai keadaan keseluruhan pembangunan pasaran karbon sukarela di ASEAN.
Laporan ini telah dibangunkan di bawah pengerusi bersama SC bagi Kumpulan Kerja Kewangan Lestari ACMF.
ACMF turut meluluskan buku panduan untuk memudahkan tawaran rentas sempadan Dana Mampan dan Bertanggungjawab ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Awang Adek Hussin berkata langkah itu akan memberikan panduan yang lebih jelas kepada industri. - Foto fail/BERNAMA
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Vortex jual 45 peratus pegangan dalam Vortex Solar kepada KWAP
Vortex, antara platform pelaburan tenaga boleh diperbaharui terkemuka di Eropah, telah menjual 45 peratus kepentingan ekuiti dalam Vortex Solar Investments S.a.r.l kepada dana pencen kedua terbesar Ma