Scomi Group Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM33.47 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Sept, 2017, daripada kerugian sebelum cukai RM30.59 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil susut kepada RM173.81 juta daripada RM176.05 juta sebelumnya.
Syarikat pembekal peralatan lapangan minyak itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, prestasi kewangan lemah itu bagi tempoh tersebut adalah disebabkan oleh kerugian tinggi yang dicatatkan dalam bahagian penyelesaian pengangkutan.
"Kerugian dalam bahagian itu adalah disebabkan oleh hasil rendah dan kerugian tukaran wang asing tidak direalisasi bersih daripada terjemahan belum terima terakru bagi projek monorel Mumbai dan Brazil, ekoran penurunan nilai rupee India dan real Brazil berbanding ringgit.
"Ia diimbangi sebahagiannya oleh keuntungan tukaran asing tidak direalisasi daripada terjemahan pinjaman dolar AS bagi projek monorel di Brazil disebabkan pengukuhan real Brazil berbanding dolar AS semasa suku tersebut," kata syarikat itu.
Mengenai prospek perkhidmatan penggerudiannya, Scomi berkata ia akan terus giat menyertai bidaan baharu dan memanfaatkan prasarana sedia adanya dan meneruskan aktiviti rasionalisasi kosnya.
Bagi bahagian perkhidmatan marin, kumpulan itu berkata, ia menjangka aktiviti unit arang batunya di Indonesia kekal kukuh dan memberi sumbangan positif kepada keseluruhan pendapatan kumpulan.
"Bagi bahagian penyelesaian pengangkutan, kumpulan akan terus meningkatkan usaha mengembangkan perniagaan dalam pasaran semasa kami di Malaysia, Brazil dan India dan mencari perniagaan baharu di pelbagai pasaran strategik seperti China, Turki dan Asia Tenggara bagi segmen kereta api," kata syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2017

Mengenai prospek perkhidmatan penggerudian, Scomi akan terus giat menyertai bidaan baharu dan memanfaatkan prasarana sedia ada dan meneruskan aktiviti rasionalisasi kosnya.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.

Arang batu kekal sumber utama penjanaan elektrik negara kerana kos rendah - Akmal Nasrullah
Kerajaan masih mengekalkan arang batu sebagai sumber utama penjanaan elektrik negara kerana kos penghasilannya yang lebih murah.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).

Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari
Kerajaan Sarawak sedang mengkaji pelbagai teknologi baharu yang dapat menjana lebih banyak sumber tenaga boleh baharu (TBB) untuk mencapai sasaran menghasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030.

Bank Malaysia dana projek loji jana kuasa arang batu di Vietnam?
Proses pengumpulan dana sehingga AS$2.68 bilion (RM12.64 bilion) adalah 'salah satu yang terbesar seumpamanya yang dikumpul oleh bank Malaysia untuk projek luar negara'.

Malaysia digesa manfaatkan dana JETP untuk henti guna arang batu
Malaysia perlu mempertimbangkan mekanisme kewangan Perkongsian Peralihan Tenaga Adil (JETP) untuk memacu matlamat menghentikan penggunaan arang batu dan mengurangkan pergantungan bahan api fosil.

China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.

Singapura cari mekanisme pembiayaan bagi menyokong penyahkarbonan di Asia
MAS berkata penyahkarbonan sektor tenaga, penerbangan dan pengangkutan maritim adalah penting untuk rantau ini beralih kepada sifar bersih.

Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia
Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.

Tokyo tidak import minyak Rusia pada September, import susut 59.9 peratus pada separuh pertama
Import arang batu Rusia ke Jepun turun 82 peratus pada September dan 45.6 peratus dalam tempoh yang sama.