Honda Malaysia Sdn Bhd sedang memanggil balik 2,814 unit model HR-V keluaran tahun 2016 berikutan bar penstabil hadapan kenderaan tersebut berpotensi untuk rosak jika menerima tekanan tinggi.
Honda Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa, berkata semua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat, yang akan mengandungi butir-butir penarikan balik.
Katanya, kawalan suhu yang tidak sesuai semasa proses pembuatan mungkin menjadi punca yang menyebabkan kekuatan bar penstabil itu terjejas.
Kerosakan pada bar penstabil akan menyebabkan roda menjadi tidak seimbang, mengakibatkan kereta boleh terbuai ke kiri atau ke kanan semasa dalam pemanduan.
"Sehingga hari ini, belum ada kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan isu ini dilaporkan di Malaysia.
"Honda Malaysia mengambil langkah awal, bagi memastikan keselamatan pelanggan terjamin dan melahirkan rasa kesal berikutan kesukaran yang bakal dihadapi mereka," katanya.
Semua bar penstabil hadapan yang terjejas akan diganti dengan alat ganti yang lebih berkualiti. Honda Malaysia akan menanggung kos gantian, tenaga buruh dan caj-caj yang berkaitan dengan program panggil balik.
Pemilik-pemilik kenderaan boleh menyemak status panggilan balik kenderaan mereka melalui www.honda.com.my, atau www.productrecall.honda.com.my, atau menelefon talian tol bebas Honda pada 1-800-88-2020. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2017

Honda Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa, berkata semua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat, yang akan mengandungi butir-butir penarikan balik.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Sebanyak 2,814 unit HR-V Honda Malaysia dipanggil balik
Honda Malaysia Sdn Bhd sedang memanggil balik 2,814 unit model HR-V keluaran tahun 2016 berikutan bar penstabil hadapan.