KUALA LUMPUR: Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024 (S1 2024), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, nilai kerja yang dilakukan dalam sektor pembinaan meneruskan trajektori menaik berbanding 6.8 peratus pada S4 2023.
"Prestasi memberangsangkan ini disumbangkan oleh pengembangan lebih kukuh dalam subsektor kejuruteraan awam, iaitu pada 24.7 peratus berikutan peningkatan 18.0 peratus pada suku sebelumnya.
"Selain itu, subsektor aktiviti pertukangan khas dan bangunan kediaman masing-masing mengalami peningkatan dua angka sebanyak 11.8 peratus dan 11.5 peratus.
"Pada masa yang sama, subsektor bangunan bukan kediaman juga berkembang pada kadar yang lebih pantas sebanyak 3.8 peratus (S4 2023: -1.9 peratus)," katanya.
Mohd Uzir berkata, daripada RM36.8 bilion, kejuruteraan awam berjumlah RM15.1 bilion atau 41.1 peratus, didorong terutamanya oleh aktiviti pembinaan jalan raya dan landasan kereta api yang menyumbang RM7.6 bilion.
"Nilai kerja yang dilakukan untuk bangunan bukan kediaman dan bangunan kediaman masing-masing ialah pada RM10.2 bilion (27.7 peratus) dan RM7.8 bilion (21.1 peratus).
"Aktiviti pertukangan khas berjumlah RM3.7 bilion (10.0 peratus), sebahagian besarnya dalam pemasangan elektrik (RM1.1 bilion); pemasangan paip, pemanasan dan penyaman udara (RM0.9 bilion); dan aktiviti penyediaan tapak (RM0.7 bilion)," katanya.
DOSM berkata, sektor swasta kekal sebagai pemacu utama kepada pertumbuhan pada suku ini, dengan peningkatan sebanyak 10.1 peratus (S4 2023: 1.4 peratus).
Nilai kerja oleh sektor swasta berjumlah RM21.8 bilion atau 59.2 peratus daripada jumlah nilai kerja pembinaan.
Sebaliknya, nilai kerja oleh sektor awam mencapai RM15.0 bilion atau 40.8 peratus, yang mengekalkan pertumbuhan dua digit untuk tiga suku berturut-turut dengan mencatatkan 20.6 peratus pada sukuini.
DOSM menambah hampir 58.4 peratus daripada nilai kerja sektor pembinaan pada S1 2024 tertumpu di Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dan Sarawak. - BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Mohd Uzir berkata nilai kerja yang dilakukan dalam sektor pembinaan meneruskan trajektori menaik berbanding 6.8 peratus pada S4 2023. - Gambar fail Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM
Peningkatan harga tertumpu pada sektor perkhidmatan, dengan kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan mencatatkan kenaikan tertinggi.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.