KUALA LUMPUR: Sektor pembuatan Malaysia dijangka mencatatkan pemulihan yang kukuh pada separuh kedua 2024 dan indeks pembuatan diunjurkan berkembang 4.6 peratus pada tahun ini, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (KIB).
Dalam nota penyelidikan, katanya pemulihan sektor pembuatan akan didorong oleh kitaran teknologi pada separuh kedua 2024 dan pemulihan pascapandemik secara berperingkat di China.
"Bank turut menjangka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang kepada 4.9 peratus pada tahun ini.
"Kami mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK kami bagi suku keempat 2023 pada 3.7 peratus berbanding anggaran awal 3.4 peratus oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)," katanya.
Sementara itu, dalam nota berasingan, Public Investment Bank Bhd menjangka prospek pertumbuhan yang lebih baik untuk sektor perindustrian pada 2024.
Katanya pada 2023, sektor pembuatan dan perlombongan menunjukkan peningkatan sederhana, masing-masing sebanyak 0.7 peratus dan 0.8 peratus manakala sektor elektrik mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 2.5 peratus.
"Sektor pembuatan merosot kepada -1.4 peratus tahun ke tahun pada Disember berbanding -0.1 peratus pada November.
"Sementara itu, sektor elektrik naik 4.6 peratus pada Disember berbanding 4.3 peratus pada November," menurut firma penyelidikan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024

Sektor pembuatan merosot kepada -1.4 peratus tahun ke tahun pada Disember berbanding -0.1 peratus pada November. - Gambar hiasan/DagangNews

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju

Kerajaan lanjut penangguhan syarat guna tenaga 80:20 hingga pelaksanaan penuh levi pelbagai peringkat
Pelanjutan itu bagi memberikan kelonggaran kepada industri untuk menyesuaikan keperluan tenaga kerja mereka dengan lebih fleksibel.

AS sekat 6 syarikat Malaysia atas dakwaan kaitan dengan sektor pembuatan Rusia
Jabatan Negara AS memaklumkan, hampir 400 entiti dan individu telah dikenakan sekatan kerana membolehkan Rusia "melaksanakan perang haramnya".

Nilai jualan pembuatan Ogos meningkat 7.7 peratus kepada RM163.9 bilion - Jabatan Perangkaan
Nilai jualan sektor Pembuatan berjumlah RM163.9 bilion pada Ogos 2024, menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.7 peratus berbanding penurunan 3.3 peratus pada bulan yang sama tahun lepas.

Sektor pembuatan bersedia untuk pertumbuhan separuh kedua 2024 - FMM
Soh berkata, pengeluar sedang bersiap sedia bagi memenuhi lonjakan permintaan di dalam dan luar negara, dibantu oleh peningkatan nilai ringgit.

Jualan sektor pembuatan naik 3.7 peratus kepada RM921.5 bilion 6 bulan pertama 2024 - Perangkaan
Jualan sektor pembuatan Malaysia bagi tempoah Januari-Jun 2024 mencecah RM921.5 bilion, meningkat 3.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.

Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik
Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus memberikan impak positif berikutan permintaan luar yang semakin baik, sejajar dengan situasi global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Research.

IPP Malaysia naik 6.1 peratus pada April - DOSM
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia terus meningkat sebanyak 6.1 peratus tahun ke tahun pada April 2024, didorong oleh pertumbuhan output sektor pembuatan yang lebih tinggi.

Nilai jualan sektor pembuatan meningkat, tertinggi dalam tempoh 13 bulan
Peningkatan ini mencatatkan pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 bulan berikutan kesan nilai asas yang lebih rendah.