KUALA LUMPUR: Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor membuktikan sumbangan cemerlang para pelabur dan memaparkan kekuatan kerjasama dan perkongsian dengan Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata komitmen berterusan untuk melabur di negeri ini adalah penting berikutan Selangor menyumbang hampir satu perempat daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.
"Pada 2021, Selangor menyumbang sebanyak 24.8 peratus kepada KDNK Malaysia, dan saya yakin kita mencapai 25 peratus tahun lepas. Kerajaan negeri akan terus menyokong dasar mesra perniagaan dan membantu memudahkan pelaksanaan projek pelaburan pada tahun-tahun akan datang," katanya pada majlis penyampaian anugerah untuk tempoh 2019 hingga 2022 pada Selasa.
Exco Industri dan Perdagangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata Selangor telah memperlihatkan aktiviti pelaburan yang luar biasa sejak beberapa tahun lepas
"Pada 2022, pertumbuhan ekonomi negeri ini adalah lima peratus, dan Selangor menarik pelaburan dalam sektor pembuatan sebanyak RM12.21 bilion, daripada sejumlah 265 projek pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
"Pelaburan tahun ke tahun yang signifikan di sebalik cabaran kesihatan dan ekonomi global, membuktikan tarikan Selangor kepada pelabur domestik dan asing, mencipta peluang pekerjaan, mendorong pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh industri utama," katanya pada majlis itu.
Dalam kenyataan berasingan, kerajaan negeri berkata Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor 2019-2022 adalah platform untuk mengiktiraf dan menghargai pelabur cemerlang di negeri ini.
"Anugerah ini bertujuan mengiktiraf individu, syarikat dan organisasi yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekononomi Selangor menerusi aktiviti pelaburan mereka. Pemenang untuk tempoh 2019-2022 dipilih berdasarkan projek pembuatan yang diluluskan MIDA di Selangor," katanya.
Antara kategori dalam anugerah itu adalah pelaburan tertinggi di Selangor oleh syarikat domestik, pelaburan tertinggi di Selangor oleh syarikat asing, lokasi pelaburan paling menjadi keutamaan di Selangor oleh pihak berkuasa tempatan, lokasi pelaburan paling menjadi keutamaan di Selangor oleh daerah tempatan, anugerah pencapaian khas untuk syarikat tempatan di Selangor dan anugerah pencapaian khas kepada syarikat multinasional di Selangor.
Menerusi anugerah ini, kerajaan negeri berhasrat untuk menggalakkan dan mempromosikan pelaburan di Selangor, menarik pelabur baharu dan memupuk iklim pelaburan yang positif.
"Anugerah ini turut berperanan sebagai platform rangkaian dan perkongsian ilmu dalam kalangan penggiat industri di samping mewujudkan kesedaran dari segi peluang dan potensi pelaburan di Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Amirudin berucap pada majlis penyampaian Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor untuk tempoh 2019 hingga 2022 pada Selasa. - Foto Bernama
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Selangor hargai pelabur cemerlang pada Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor
Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor membuktikan sumbangan cemerlang para pelabur dan memaparkan kekuatan kerjasama dan perkongsian dengan Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.