KUALA LUMPUR: Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Norhana Endut.
BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sedang mencari peluang untuk menyelaraskan peraturan bagi perancang dan penasihat kewangan.
"Usaha kerjasama sedemikian telah diketengahkan dalam Pelan Tindakan Sektor Kewangan bank pusat dan Pelan Induk Pasaran Modal Suruhanjaya Sekuriti 3," kata Norhana pada majlis makan tengah hari sempena ulang tahun ke-20 Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC), di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, peningkatan tahap pendidikan kewangan individu serta isi rumah kekal sebagai strategi utama untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan berkesan.
"Bersama-sama rakan kongsi lain dalam rangkaian pendidikan kewangan, kami mengiktiraf sumbangan MFPC ke arah melonjakkan pengetahuan dan kesedaran awam melalui program celik kewangan 'Wang Saya dan Saya'.
"Kemantapan program pendidikan kewangan MFPC diperakui oleh penganugerahan termasuk pengiktirafan yang diterimanya sepanjang tahun," kata Norhana.
Beliau juga berkata, pada penghujung 2023, terdapat lebih 1,400 perancang kewangan dan 1,500 penasihat kewangan di Malaysia.
"Sebahagian besarnya, kenaikan dalam angka perancang kewangan serta penasihat yang berkelayakan telah menyumbang ke arah pertumbuhan perniagaan baharu insurans hayat dan sektor takaful keluarga, yang menokok dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 8.6 peratus bagi tempoh 2018 hingga 2023," kata Norhana.
Sementara itu, Presiden MFPC, Ng Yen Heng berkata, komitmen majlis terhadap kecemerlangan kekal teguh berikutan pelancaran Pengiktirafan Pensijilan Modular dan Program Syariah Capstone yang menekankan dedikasi MFPC untuk menyediakan laluan pembelajaran yang fleksibel dan khusus bagi profesional kewangan.
"Lanskap perancangan kewangan sentiasa berkembang, memberikan kami peluang dan cabaran baharu. Untuk mengharungi ini, kami telah membangunkan pelan strategik tiga tahun yang komprehensif dengan sasaran yang akan melonjakkan MFPC ke tahap yang lebih tinggi.
"Pelan strategik kami ditambat kepada tiga tonggak strategik iaitu kehadiran profesional, pengaruh dan penjenamaan serta komuniti," katanya.
Ng berkata, MFPC juga sedang memulakan strategi pembelajaran teradun, ditambah dengan modul e-pembelajaran kendiri yang diperkaya, memberikan ahlinya fleksibiliti untuk belajar mengikut kadar mereka sendiri.
Semasa majlis makan tengah hari itu, MFPC turut menandatangani memorandum persefahaman dengan sembilan institusi kewangan untuk bekerjasama dari segi meningkatkan prestasi dan pertumbuhan industri.
Antara institusi tersebut ialah Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia serta Persatuan Takaful Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Dr Norhana berkata, BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sedang mencari peluang untuk menyelaraskan peraturan bagi perancang dan penasihat kewangan. - Gambar fail/DagangNews
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

Papar kos purata prosedur, rawatan biasa antara syor persatuan insurans kepada PAC
Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa KIra-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

BNM kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank pusat itu berkata ekonomi global tahun ini diunjur akan dikekalkan oleh keadaan pasaran buruh yang positif, inflasi sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

Kes penipuan di Negeri Sembilan meningkat, kerugian cecah RM21.2 juta
Ahmad Dzaffir berkata jumlah kes juga meningkat kepada 526 pada Jan dan Feb 2025 berbanding 331 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.