Minuman isotonik pertama di Malaysia,100Plus dianugerahkan Logo Pilihan Lebih Sihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) berkuatkuasa Mac 2018.
Tahun lepas hanya 100Plus Original dan 100Plus Active yang menerima logo itu, tetapi selepas beberapa inisiatif, logo itu diperakui untuk semua produk yang dikeluarkan.
Menurut Naib Presiden Pemasaran Jenama F&N, Graham Lim, lebih separuh populasi rakyat Malaysia menghadapi masalah obesiti dan disebabkan itu, 100Plus mengambil inisiatif bagi menghasilkan produk yang lebih menyihatkan.
“Kami berjaya menghasilkan formula baharu untuk semua produk iaitu kandungan gula adalah di bawah 6 gram bagi setiap 100ml.
“Walaupun sukar untuk menyeimbangkan antara kehendak pengguna dan memberi kebaikan penghidratan, kami berjaya melakukannya,” kata beliau ketika Majlis Pelancaran 100Plus Logo Pilihan Lebih Sihat di Subang Jaya.
Graham Lim turut mengatakan, logo itu membuktikan,100Plus merupakan pilihan utama bagi rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.
Pada majlis itu, 100Plus turut melancarkan produk baharu, 100Plus Anggur Hitam (Blackcurrant) yang merupakan perisa kegemaran bagi kebanyakan rakyat Malaysia.
Logo Pilihan Lebih Sihat merupakan inisiatif MOH bagi menggalakkan rakyat Malaysia memilih pemakanan yang sihat serta mempromosikan gaya hidup aktif.
Zaim Ibrahim
Thu Apr 12 2018

Naib Presiden Pemasaran Jenama F&N, Graham Lim, 100PLUS berusaha menghasilkan produk yang lebih menyihatkan disebabkan lebih separuh rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti.- Astro AWANI

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Semua produk 100Plus sudah terima logo 'Pilihan Lebih Sihat'
100Plus dianugerahkan Logo Pilihan Lebih Sihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) berkuatkuasa Mac 2018.