KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini kerana kelemahan mata wang Amerika Syarikat itu telah mendorong permintaan beberapa mata wang baharu, kata peniaga.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1390/1430 semasa ditutup pada Isnin.
Seorang penganalisis berkata sentimen yang lebih baik juga dipacu oleh perkembangan positif dalam pelaksanaan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan kerana Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) melaporkan bahawa Malaysia mempunyai jumlah vaksin yang mencukupi untuk rakyatnya.
"Hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah telah mengheret dolar AS ke paras rendah dalam tempoh empat bulan, ia memberi sokongan lanjut kepada mata wang tempatan,
"Hasil Perbendaharaan AS adalah pemacu yang lebih signifikan bagi ringgit daripada minyak mentah dan hasil AS yang lebih rendah menjadikan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) lebih menarik bagi pelabur asing," katanya.
Sebaliknya, mata wang tempatan telah menurun berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1238/1281 berbanding 3.1165/1207 ketika ditutup pada Isnin dan turun berbanding euro kepada 5.0727/0805 daripada 5.0602/0660 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.8697/8784 daripada 5.8575/8640 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.8044/8101 daripada 3.8057/8097 pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini kerana kelemahan mata wang Amerika Syarikat itu telah mendorong permintaan beberapa mata wang baharu, kata peniaga. - Gambar fail

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.

Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,

Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.

Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.

AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.

Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.

Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.