Sentimen perniagaan Jepun di Malaysia, yang mencapai kemuncaknya selama lima tahun, dijangka bertambah baik pada separuh kedua 2018 dan pada masa akan datang, demikian menurut hasil kajian dalam talian yang dijalankan oleh Dewan Perdagangan dan Industri Jepun (JACTIM) dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) pada separuh pertama tahun ini.
Sejumlah 184 syarikat Jepun, yang mewakili 33 peratus ahli JACTIM, mengambil bahagian dalam kaji selidik tiga bulan itu, yang menunjukkan peningkatan trend dalam sentimen perniagaan sejak separuh kedua 2015.
Indeks Difusi, penunjuk utama iklim perniagaan untuk separuh pertama 2018, merekodkan 7.1 mata, tertinggi dalam tempoh lima tahun lepas.
Kajian itu dijalankan dua kali setahun bagi memahami masalah yang dihadapi oleh anggota JACTIM dalam operasi perniagaan mereka setiap tahun.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata banyak syarikat Jepun menyatakan pertumbuhan ekonomi yang stabil di negara ini sebagai sebab utama perkembangan masa depan.
Syarikat-syarikat Jepun tertarik untuk melabur di Malaysia disebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi dalam kalangan tenaga kerja.
"Sikap mesra dan positif terhadap Jepun, bencana alam yang minimum, persekitaran hidup yang selamat dan baik dan infrastruktur berkualiti juga merupakan pilihan utama dalam kalangan pelabur Jepun," kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, kaji selidik itu juga mendapati dasar buruh dan situasi pekerjaan di Malaysia merupakan isu yang mempengaruhi syarikat Jepun yang beroperasi di negara ini.
JETRO dan JACTIM berkata 36.5 peratus daripada responden dalam sektor perkilangan menghadapi kesukaran mengambil pekerja asing.
Untuk mengatasi masalah dalam menggaji pekerja asing, 39.3 peratus daripada responden mencadangkan mekanisasi dan automatisasi sebagai jawapan kepada masalah, namun 51.9 peratus responden mengatakan itu bukanlah jawabannya memandangkan tenaga kerja tidak mempunyai pengetahuan teknikal untuk mengendalikan mesin.
"Syarikat Jepun juga mahu prosedur permohonan pekerja asing dipermudahkan.
"Dalam sektor perkilangan, pekerja asing membentuk 15 peratus daripada jumlah pekerja," katanya.
Syarikat Jepun juga menjangkakan peningkatan kos buruh berikutan dasar upah minimum akan dikaji semula tahun ini.
"Dengan jangkaan kenaikan upah dan peraturan pekerja asing yang ketat, usaha bagi mendapatkan tenaga pekerja dijangkakan 'menjadi isu kronik bagi syarikat-syarikat Jepun,' katanya.
Kaji selidik tersebut juga menunjukkan bahawa penambahbaikan dalam pengangkutan awam diperlu memandangkan rangkaian pengangkutan belum siap sepenuhnya.
Tinjauan itu juga menunjukkan ahli mengharapkan penambahbaikan infrastruktur lapangan terbang.
"Keinginan untuk melihat peningkatan dalam komunikasi dan infrastruktur Internet juga tinggi memandangkan komunikasi Internet tidak memuaskan dalam bidang tertentu," katanya.
Kaji selidik itu juga mendapati syarikat Jepun berhati-hati memantau risiko mata wang asing yang disebabkan oleh keadaan domestik dan ekonomi global.
Ia juga menyatakan bahawa perubahan peraturan kawalan tukaran asing yang dikenakan oleh bank pusat pada Disember 2016 masih menjejaskan syarikat Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 28 2018

Kaji selidik tersebut juga menunjukkan bahawa penambahbaikan dalam pengangkutan awam diperlu memandangkan rangkaian pengangkutan belum siap sepenuhnya.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Tengku Zafrul bertemu JACTIM, MCMTC, pastikan Malaysia kekal destinasi pelaburan utama
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan delegasi Dewan Perdagangan dan Industri Jepun, Malaysia (JACTIM) serta Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) pada Sabtu.

Sentimen perniagaan Jepun tertinggi dalam lima tahun
Sentimen perniagaan Jepun di Malaysia, yang mencapai kemuncaknya selama lima tahun, dijangka bertambah baik pada separuh kedua 2018 dan pada masa akan datang, demikian menurut hasil kajian dalam talia

JACTIM cadang Malaysia pertingkat pelaburan industri halal
Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Jepun Malaysia (JACTIM), Masato Nakamura mencadangkan kerajaan agar meningkatkan pelaburan dalam industri halal bagi menarik pelabur luar.