KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) sedang mengambil langkah bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi untuknya mengadakan satu atau lebih mesyuarat pemiutang yang dipanggil mahkamah supaya satu atau lebih skim pengaturan dapat dikemukakan bagi mencari penyelesaian konstruktif terhadap obligasi pembayarannya dan anak-anak syarikat.
Menurut SDHB, langkah tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima pertanyaan daripada pihak pemberi pinjaman dan rakan kongsi perdagangan berkaitan petisyen pembubarannya dan kumpulan syarikat.
Skim pengaturan yang dicadangkan itu akan menyelesaikan 100 peratus jumlah kepada pemiutang Serba Dinamik Group, termasuk pempetisyen, jelasnya.
Petisyen pembubaran itu telah dikemukakan oleh HSBC Amanah Malaysia Bhd, Ambank Islamic Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.
"Syarikat percaya bahawa pembubaran sebenar SDHB, Serba Dinamik Group Bhd (SDGB), Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) dan Serba Dinamik International Ltd (SDIL) boleh dielakkan sebaik sahaja draf cadangan skim itu disediakan untuk pemiutang, " jelasnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa.
SDHB menjelaskan, pada masa ini, pihaknya dan kumpulan syarikat mempunyai kemampuan aliran tunai operasi yang mencukupi untuk terus melaksanakan obligasi kontrak sedia ada berkenaan dengan kontrak berkaitan bukan pinjaman.
"Syarikat akan membuat pengumuman lanjut apabila terdapat perkembangan penting mengenai perkara ini," menurutnya.
Syarikat itu menambah, pihaknya telah menerima permintaan Bursa Malaysia Securities Bhd untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai petisyen pembubaran oleh pemberi pinjaman bersindiket semalam.
Maklumat tambahan itu adalah mengenai butiran tuntutan di bawah petisyen tersebut, termasuk jumlah yang dituntut, kadar faedah dan butiran keingkaran atau keadaan yang membawa kepada pemfailan petisyen pembubaran terhadap SDHB dan kumpulan syarikatnya.
"Ia merupakan pendapat pemberi pinjaman bersindiket, antara lain, bahawa syarikat gagal membayar jumlah ansuran sebanyak RM99 juta di bawah Perjanjian Murabahah Induk bertarikh 17 Dis, 2019 dan Perjanjian Murabahah Induk Tambahan bertarikh 12 Feb, 2022 pada 20 Dis 2021.
"Pemberi pinjaman bersindiket berpendapat kegagalan syarikat dan anak-anak syarikat untuk memenuhi obligasi kontrak telah mengakibatkan pengeluaran notis pencepatan bertarikh 18 Mac, 2022 yang menetapkan jumlah tertunggak sebanyak RM1.78 bilion dan US$42,376.67," jelasnya.
Syarikat itu juga menyatakan SDGB kekal sebagai anak syarikat milik penuhnya, manakala SDSB dan SDIL adalah anak syarikat milik penuh SDGB.
"Jumlah kos pelaburan dalam setiap anak syarikat ini ialah SDGB (RM531.80 juta); SDSB (RM49.55 juta); dan SDIL (RM219.09 juta)," menurutnya.
Petisyen pembubaran itu telah diserahkan kepada syarikat dan anak-anak syarikat pada 26 April, 2022.
Petisyen pembubaran syarikat itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 1 Julai, 2022 dan pendengaran pada 6 Julai, 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022

Menurut SDHB, langkah tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima pertanyaan daripada pihak pemberi pinjaman dan rakan kongsi perdagangan berkaitan petisyen pembubarannya dan kumpulan syarikat.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.

Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.

Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.

Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.

Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.

Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.

Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.

Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.

Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.