KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Berhad, penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global, mencatat hasil sebanyak RM799.3 juta bagi suku tahunan berakhir 30 September 2021 (Q1FY22).
Sementara itu, Kumpulan mencatat kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM39.0 juta dan kerugian selepas cukai (LAT) sebanyak RM42.3 juta bagi tempoh suku tahunan yang dikaji.
Bagi Q1FY22, segmen operasi dan penyenggaraan (O&M) kumpulan merupakan penyumbang hasil terbesar kepada kumpulan iaitu RM742.9 juta atau 92.9% daripada keseluruhan perolehan.
Ia didorong oleh aktiviti MRO dan IRM yang disumbangkan terutamanya daripada operasi di rantau Timur Tengah seperti Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), disusuli Malaysia.
Segmen EPCC atau Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan merupakan segmen kedua terbesar kepada perolehan iaitu RM52.3 juta atau 6.5% daripada jumlah keseluruhan hasil.
Sementara it, segmen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), dan latihan dan pendidikan (E&T) memberikan perolehan masing-masingnya sebanyak RM1.8 juta dan RM2.4 juta.
Daripada segi geografi, rantau Timur Tengah adalah penyumbang terbesar hasil iaitu RM559.2 juta atau 70.0% daripada jumlah hasil bagi Q1FY22.
Rantau Asia Tenggara pula ialah RM231.1 juta atau 28.9%; rantau Asia Selatan dan Tengah RM6.2 juta atau 0.8% dan United Kingdom sebanyak RM2.9 juta.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Ir Ts Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, seiring dengan industri pesat menerima Revolusi Industri Keempat (IR4.0), syarikat berazam untuk menjana nilai mampan dan membina kelestarian sambil menyepadukan perniagaan IT dan aeroangkasa sebagai sebahagian teras perniagaan.
"Di sebalik fundamental syarikat yang positif, persekitaran perniagaan syarikat kekal mencabar disebabkan krisis yang sedang dialami Kumpulan berpunca daripada audit statutori yang belum lengkap.
"Kumpulan berusaha untuk menyelesaikan isu-isu ini demi kepentingan semua pemegang saham," kata beliau.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Dec 01 2021

Serba Dinamik mencatat hasil sebanyak RM799.3 juta bagi suku tahunan berakhir 30 September 2021 (Q1FY22). -Gambar fail

Polis Johor potong bekalan elektrik 470 premis judi dalam talian
Sebanyak 470 premis judi dalam talian di Johor dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dari Januari 2024 hingga 26 Feb lepas.

Pengasuh ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki enam tahun hingga mati
Hasil bedah siasat menemui 20 kecederaan pada kepala, badan, tangan, dan kaki akibat hentakan benda tumpul.
ASEAN 2025 | 4 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Essan Yahya membawa tumpuan berikut:
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan

Bekas CEO, isteri dan anak didakwa ubah wang haram lebih RM150 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Kenaf Trading Global Sdn Bhd dan isteri serta anak lelakinya didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram.
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
Kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Jet Pejuang Filipina Hilang Semasa Operasi ‘Taktikal’
Sebuah jet pejuang FA-50 milik Tentera Udara Filipina (PAF) bersama dua anak kapalnya dilaporkan hilang semasa operasi semalaman selepas berlepas dari sebuah pangkalan berhampiran bandar Cebu, menurut pegawai tentera udara pada Selasa
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan

Serba Dinamik akan fail rayuan atas perintah penggulungan
Lembaga Pengarah (BOD) Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) hari ini memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penggulungan syarikat itu dan tiga anak syarikatnya.

Tindakan kompaun Serba Dinamik, 4 pengurusan tertinggi sesuai, wajar - Peguam Negara
Keputusan mengkompaun kesalahan SDHB adalah merupakan satu bentuk hukuman yang memadai untuk kesalahan yang dikatakan telah berlaku setelah mengambil kira hal keadaan kes terbabit.

Mahkamah lepas, bebaskan Serba Dinamik, pengurusan tertinggi
Serba Dinamik Holdings Berhad, pengurusan tertingginya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Serba Dinamik catat hasil RM799.3 juta pada Q1FY22
Serba Dinamik catat hasil RM799.3 juta pada Q1FY22 | Dagang News