SHAH ALAM: Serba Dinamik Holdings Berhad memohon kepada mahkamah untuk suatu perintah supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin menarik diri daripada mendengar kes saman Syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas global itu terhadap Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Dalam permohonannya kepada Mahkamah Tinggi pada 8 Disember, Serba Dinamik menyatakan kebimbangan terhadap latar belakang Ahmad Fairuz yang pernah menjadi pegawai kedua tertinggi di dalam SC iaitu Timbalan Ketua Eksekutif, tidak dapat melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.
Ahmad Fairuz menyertai suruhanjaya itu pada 2012 sebagai Pengarah Eksekutif Penguatkuasaan dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada 2016.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 30 Mac 2018 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 25 Mac 2020.
Peguam mewakili syarikat, Mak Lin Kum berkata, terdapat `bahaya sebenar berlaku berat sebelah', memandangkan fakta bahawa Serba Dinamik sedang dalam mengambil tindakan perundangan terhadap Bursa Malaysia dan Ernst & Young, malah hakikat bahawa wakil SC hadir sebagai pemerhati rasmi di dalam kedua-dua kes, adalah wajar Datuk Ahmad Fairuz menarik diri daripada mendengar kes.
‘’Ini kerana sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Fairuz merupakan eksekutif kedua tertinggi di dalam SC.
‘’Tentunya pengurusan kanan sedia ada SC merupakan bekas rakan setugas beliau dan memiliki hubungan peribadi dengan mereka,’’ menurut syarikat tersebut.
Hakim Ahmad Fairuz dijangka membuat keputusan terhadap permohonan itu pada hari ini.
Pada 3 November lalu, Serba Dinamik memfailkan saman terhadap Bursa Malaysia Securities Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan ia bertindak `melampaui’ bidang kuasa apabila menggantung dagangan saham syarikat tersebut.
Pada 5 November, Serba Dinamik memfailkan pula saman terhadap firma E&Y dengan menuntut perisytiharaan mahkamah bahawa firma audit itu bukan suatu `juruaudit’ seperti di dalam maksud Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR).
Tindakan nekad dan berani Serba Dinamik adalah rentetan daripada laporan firma audit KPMG yang membangkitkan beberapa perkara di dalam audit penyata kewangan syarikat.
Serba Dinamik telah memfailkan saman terhadap KPMG pada 22 Jun lalu, atas dakwaan cuai di dalam pengauditan sehingga mengakibatkan syarikat menanggung kerugian hampir RM5 bilion dari segi permodalan pasaran.
Kemelut yang menimpa Serba Dinamik yang memiliki perniagaan dan pelaburan di seluruh negara, menjadi semakin kusut berikutan tindakan Bursa Malaysia menggantung dagangan saham pada 22 Oktober lalu.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Dec 09 2021

Tindakan nekad dan berani Serba Dinamik adalah rentetan daripada laporan firma audit KPMG yang membangkitkan beberapa perkara di dalam audit penyata kewangan syarikat.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.

Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.

Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.

Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.

Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.

Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.

Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.

Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.

Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.