Sime Darby Plantation Bhd (SD Plantation) menyarankan supaya rangkaian pasar raya Iceland Foods Group di United Kingdom menyertai objektif serta pembangunan perbincangan minyak sawit lestari bagi memahami kelebihan yang bakal diraih melalui pembelian minyak sawit jenis itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, SD Plantation melahirkan rasa terkilan selepas pasar raya itu membuat "keputusan yang terpesong" apabila mengharamkan minyak sawit daripada barisan jenama makanan yang dijual di rangkaiannya.
"Kami turut berkongsi keprihatinan Iceland mengenai isu-isu kelestarian yang terkait dengan minyak sawit, tetapi menggantikan minyak sawit dengan minyak sayuran lain hanya akan mengenakan lebih banyak tekanan ke atas pembekalan kerana lebih banyak hutan terpaksa dibuka bagi mengisi permintaan.
"Ini amat berbeza dengan kelapa sawit kerana ia merupakan tanaman yang sangat berkesan dan menghasilkan antara empat sehingga 10 kali lebih banyak minyak daripada seunit tanah berbanding alternatif lain seperti kacang soya, sesawi atau bunga matahari," katanya.
Menurut SD Plantation, angka penduduk dunia juga sedang berkembang dengan cepat dan ini akan meningkatkan lagi permintaan ke atas minyak-minyak sayuran, pengharaman minyak sawit dilihat sebagai tidak relialistik dan kurang wajar.
Syarikat itu melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Pengarah Urusan Iceland Richard Walker yang berkata: "Kami tidak percaya, wujudnya opsyen seperti minyak sawit lestari yang dijamin dalam pasaran massa."
Dakwaan Richard ditepis dan SD Plantation menjelaskan, piawaian kemapanan dalam industri minyak sawit sudah wujud lama dalam pasaran dan ini termasuk pensijilan minyak sawit lestari (CSPO).
SD Plantation sendiri menghasilkan sebanyak 20 peratus CSPO dunia.
"SD Plantation juga telah membina asas pelanggan yang kukuh dan lama, majoriti mereka telah meletakkan kepercayaan kepada produk minyak sawit yang dihasilkan secara lestari.
"Semua pelanggan-pelanggan kami yang utama mempunyai akses kepada rangkaian pembekalan kami melalui Papan Pemuka Kebolehkesanan Minyak Sawit kami yang terbuka, ini memberikan mereka jaminan mengenai susur-galur kesemua produk minyak sawit kami yang telah disijilkan," kata anggota pengasas Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari itu.
Sebagai pengeluar CSPO terbesar di dunia, kelestarian sentiasa menjadi keutamaan dalam perniagaan SD Plantation di mana sahaja ia beroperasi.
"Kami komited ke arah memastikan bahawa syarikat kami sentiasa mematuhi sepenuhnya piawaian tertinggi dan amalan terbaik.
"Ini termasuk komitmen kami untuk berkata tidak ke atas penebangan hutan, tidak kepada kawasan bertanah gambut dan tiada eksploitasi seperti yang digariskan dalam piagam tanggungjawab perladangan kami, yang kemudiannya diperluaskan kepada semua pembekal dalam rantaian bekalan kami," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Apr 13 2018

SD Plantation melahirkan rasa terkilan selepas pasar raya itu membuat "keputusan yang terpesong" apabila mengharamkan minyak sawit daripada barisan jenama makanan yang dijual di rangkaiannya. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sime Darby seru rangkaian pasar raya UK sertai perbincangan minyak sawit
SD Plantation melahirkan rasa terkilan selepas pasar raya Iceland Foods Group mengharamkan minyak sawit daripada barisan jenama makanan yang dijual di rangkaiannya.