KUALA LUMPUR:Singapura akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada Mei 2021, sekali gus menjadi negara Asia pertama dipilih menjadi hos persidangan berprestij itu.
Forum yang biasanya berlangsung di Davos, Switzerland itu bertukar lokasi susulan penularan COVID-19 di Eropah.
WEF dalam kenyataan berkata, penganjuran di Singapura akan menjadi acara pemimpin global pertama yang akan membincangkan soal pemulihan pasca pandemik itu.
Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura pada Isnin berkata, pemilihan Singapura mengambarkan keyakinan terhadap pengurusan kes COVID-19 oleh negara berkenaan sekali gus melonjakan sektor persidangan dan mesyuarat republik itu.
"Keputusan WEF ini mengambarkan kepercayaan dan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap cara Singapura menguruskan pandemik setakat ini.
"Kita mungkin jadi contoh positif bagaimana aktiviti ekonomi boleh bermula semula dengan selamat dan mampan," kata Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing.
Forum tahunan itu akan menyaksikan himpunan 3,000 peserta merangkumi pemimpin negara, ahli perniagaan, saintis serta tokoh besar lain membincangkan isu utama global.
Ia bakal berlangsung pada 13 hingga 16 Mei depan sebelum kembali semula ke Davos pada 2022.
Bagaimanapun, forum itu akan turut menyertakan komponen maya untuk membolehkan penyertaan lebih luas ketika pandemik COVID-19 masih lagi menular.
Ini merupakan kali kedua WEF berlangsung di luar Switzerland sejak dimulakan pada 1971 dengan lokasi luar pertama adalah di New York pada 2002 sebagai tanda solidariti tragedi 11 September.
Najib Aroff
Tue Dec 08 2020

Forum tahunan itu akan menyaksikan himpunan 3,000 peserta merangkumi pemimpin negara, ahli perniagaan, saintis serta tokoh besar lain membincangkan isu utama global. - Foto Reuters
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Najib tidak tanya siasatan dana SRC dibekukan di Switzerland - Mahkamah diberitahu
Najib menegaskan beliau percaya apa yang diterima dalam akaunnya itu adalah wang derma.

Switzerland buka semula kedutaan di Iraq selepas 33 tahun
Switzerland membuka semula kedutaannya di Baghdad pada Selasa, selepas 33 tahun ditutup ekoran Perang Teluk, lapor Xinhua.

Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa
Shaqiri bermain hanya dua kali pada kejohanan Euro 2024 di Jerman, beraksi selama 71 minit untuk Switzerland.

EURO 2024: Bukayo Saka pacu England mara ke separuh akhir
Switzerland terpaksa akur selepas tewas 5-3 kepada England melalui sepakan penentuan penalti dalam perlawanan suku akhir.

EURO 2024: Bellingham, Kane watak penting kebangkitan England ke suku akhir
Separuh masa pertama menyaksikan England mendominasi aksi tetapi sukar menembusi benteng pertahanan Slovakia yang lebih berdisiplin.

EURO 2024: Fullkrug selamatkan maruah Jerman di Frankfurt
Walaupun telah memastikan kelayakan ke peringkat kalah mati, Nagelsmann menurunkan kesebelasan utama Jerman yang sama bertemu Hungary.

EURO 2024: Gandingan pemain Manchester United, Liverpool bantu Scotland raih satu mata berharga
Scotland berjaya mengikat Switzerland dengan keputusan seri 1-1 dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Cologne awal pagi tadi.

Euro 2024: Switzerland tewaskan Hungary 3-1
Switzerland meraih kemenangan 3-1 ke atas Hungary pada Sabtu yang mungkin menjadi penentu untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024.

Steven Sim ketuai delegasi ke Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva
Sim akan menyampaikan ucapan negara dalam sidang plenari yang menyentuh mengenai pembaharuan kontrak sosial.